Persembahan pertama dari kelas umur 3 tahun hingga ke kelas 6 tahun. Ini persembahan kelas Haziq.
Haziq masuk kelas yang berumur 4 tahun walaupun dia masih 3 tahun. Ikut kalendar sekolah Jepun Haziq kira lahir akhir tahun la. :) Masa ni bermain alat muzik castanet.
Muka dah penat. Macam2 ragam budak2 ni, yang depan tu dah nangis tapi dia tetap je main castanet tu. Kelakar pun ada.
Pelajar tahun akhir buat pesembahan dengan bermain alat muzik. Sekolah tadika di Jepun kanak2 lebih didedahkan dengan peralatan muzik. Sensei sekolah semua pandai main peralatan muzik nih. Batrisya bermain Pianika untuk konsert kali ni.
Ini persembahan dari guru2 sekolah. Suasana konsert agak sedih, kebanyakan muzik dan lagu yang dimainkan adalah berkonsepkan perpisahan. Mama yang tak berapa nak faham ni pun sedih gak. Guru besar pun ada sekali tu.
Ini pulak persembahan pelajar tahun akhir kelas Batrisya (Bara 2) bersama ibu dan bapa. Papa wakil untuk Batrisya.
Dah sedih waktu ni, meleleh2 air mata mak ayah masa wakil ibu bapa baca nota terima kasih.
Batrisya pun turut merasa kesedihan sebab nak meninggalkan sekolah dan akan masuk era sekolah rendah pulak. Arigatou sensei..
Upacara penutup degan majlis peyampaian sijil. Batrisya menjadi wakil kelas sebagai penerima sijil tamat sekolah dari Guru besar.
Senarai nama penerima sijil, wakil dari setiap kelas. Nama Batrisya yang paling panjang. No. 2 dari bawah, wakil kelas Bara 2. Berbelit2 lidah sensei menyebut nama dia. hehe..
Cenderahati yang setiap pelajar dapat, tanda terima kasih kerana menjayakan Konsert ni. Terima kasih banyak2 buat sensei2 di Kashinomi yang memberi tunjuk ajar buat Batrisya dari tak kenal huruf jepun hingga sekarang dah agak fasih membaca dan bertutur dalam bahasa Jepun. Masuk sekolah rendah kene ganbate untuk belajar kanji pulak.
Mama agak kesian pada Batrisya, kalau nak banding dengan budak sebaya dia di Malaysia. Batrisya masih sedikit merangkak kalau baca buku cerita dalam bahasa melayu. Lebih banyak tak faham dari faham. Baca boleh tapi dia tak faham apa yang dibacanya tu. Agak tertekan jugak mama ni sebab bahasa yang digunakan dalam buku tak sama dengan ayat pertuturan sehari2 di rumah walau cakap melayu. Mama kene lebih berusaha untuk dia mengenal perkataan2 dalam bahasa melayu. Tapi kalau baca buku nihonggo tu kemain la lajunya. Bila cakap nak balik M'sia terus tak nak dan buat muka sedih. huhu.. sabor je la.
Video koir bersama ibu bapa. :D (sangat amatur selain gangguan dari Haqem)
Haziq
11 comments:
bestnya tengok As.
Memang unik kan sekolah di sana. Kanak2 dari kecil dah di ajar ke depan, berani buat persembahan mcm tu..
Moga Batrisya berjaya.
Dah pandai baca dia As? Mesti fasih berbahasa Jepun batrisya dah Haziq ni..
alahaiiii comelnyaaaa anak2 akak... comel sgt2 geram tengok dengan uniform tu choo kawaiii... haha lawak lah yang menangis tu...tapi masih main bagus betul, kalau anak buah saya mahu duk meraung je depan tu tak bergerak2 hehe...
ala nampak putih suci je semua.. comey2
comey ja tengok budak2 budak persembahan, anak2 awak pun dah macam rupa anak jepun heheh...
wah,batrisya dah tererla ni main pianika..nnt bole ajar amni ye..eh,haziq masuk klass umur 4 tahun ye?amni tetap masuk umur 3 tahun gak, wlupun lahir bulan 3..mmm,xpola..ni amni punye konsert pun ade lg kat dlm draft ni..xde mood nak berblog..kui3..
p/s:pasni, kena pujuk bagaila nak bagi die sronok blajar kat mesia nnt..good luck mama!
hahha...kawaii aje nangis sambil tangan duk terus main castanet tu..
nama panjang??hehehe..akak, tu salah 1 sebab kitorang letak nama muaz nie Muazzin aje.. kalau letak nama panjang kang terbelit2 lidah nihonjin nie nak menyebutnye..hehe
alala kawaii jek parentnyer kena goyang2 bdn skali...
dh beli ker beg randoseru nyer?
bagus batrisya walau sekolah jepun dah boleh membaca dalam bahasa melayu.. Fathnin merangkak2 lagi.. mama dia kena ganbatte ajar...
Kak Yus, dia dah pandai membaca BM tapi tu la baca je tp x faham apa yg dibacanya tu. risau gak nih. Bahasa jepun kemain laju je. nak explain pun kene dlm bhs jepun. huhu..
Hanis, hehe.. mmg comel je kecik2 dah pandai perform depan orang ramai. sugoi betul sensei boleh handle budak2 kecik mcm ni dengar kata.
Nureasy, kan! nampak kemas teratur je, boleh menyanyi dan bermain alat muzik lg. hihi..
Kak Atie, tu la dah campur2 tak perasan mana satu anak org melayu nih. hihi..
Kamalia, pandai la jugak dia main pianika nih. Selalu praktis la tu kat sekolah. Haah Haziq duk kat kelas 4 taun. sian dia tp dia ok je. hehe..
Umie, anak pertama je letak panjang. ni dah no. 2 ngan 3 terus jadi sependek2nya. haha..
K Ayu, haah dah ada randoseru nih. tp ni org bagi, kalau beli baru nak buang syg lak yg org bg, lgpun setaun je pakainya. tgh pikir2kan. hahha..
Ita, mmg kesian kat dia ni, dengan bm, english, jepun, arab lagi. huhu.. mama yang pengsan. tp seminggu tu mmg ada slot untuk tiap bahasa. gambatte untuk mama! yosh!
Post a Comment