Thursday, February 2, 2012

ヒーター・ストーブ (Heater Stove)

Musim sejuk kat Jepun benda wajib ada heater ni la. Heater atau dipanggil danbo menggunakan minyak tanah (kerosene) untuk menyalakan apinya dan dibantu dengan tenaga elektrik. Sebelah kanan tu dah dipasang letriknya, warna biru tu api yang menyala. Act. ada bermacam2 jenis danbo yang ada, tapi ini antara terselamat digunakan di dalam rumah. Satu danbo ni  boleh panaskan satu ruang bilik. Kami ada 2 dunbo, satu letak ruang tamu, satu dalam bilik. Untuk bilik lagi satu guna heater letrik (bilik ni jarang guna) heater letrik pun ada 2, selain ada aircond.
Mula2 datang Jepun dulu rasa macam eh nape macam zaman dolu2 je guna minyak tanah. hehe.. sebab sebelum ni kat UK guna heater letrik yang siap pasang kat rumah. Heater ni memang agak leceh sebab kene sentiasa top up minyak kalau habis. huhu.. tak suka ngan minyak tanah, tiap kali isi minyak harus tangan berbau minyak tanah. Antara opsyen yang ada selain guna danbo ni guna airconditioner (ada fungsi utk angin panas) dan juga heater letrik tapi bilnya akan lebih tinggi daripada biasa. ;) Kalau guna heater letrik udara cepat kering dan lambat sikit panasnya. Terpulang juga masing2 nak guna yang mana kan. ;)
Sebelah kiri tu sebelum dipasang, 14 tu suhu yang kita set nak pasang berapa. Masa ni saya letak 14 je sebab duduk betul2 depan heater. 9 tu suhu bilik pada ketika itu. Kanan tu lepas saya isi minyak tanah, saya set suhu 22, dalam kurang 5 minit suhu sebelah tu dah naik jadi 11, ia akan berterusan naik sehingga mencapai suhu yang saya set iaitu 22. Kita boleh adjust la nak letak suhu berapa, ada juga fungsi untuk lock supaya budak2 tak main tekan2. tau je lah rumah ni ramai budak2. ;)
Ini rupa tong dalam heater tu, biasanya satu tong ni dalam 2 hari kene top up, maklum la rumah macam peti sejuk. hehe.. Tong merah tu tong isi minyak tanah. Minyak tanah ni beli di stesyen2 minyak, selain petrol kat stesen minyak disediakan pump untuk isi minyak tanah. Biasanya 3 tong ni dalam 2 minggu habis. 1 tong tu 18 liter. Harga 1 liter minyak tanah di tempat kami 95yen seliter, harga minyak tak sama di setiap tempat di Jepun. Pump yang saya guna tu menggunakan bateri, sebelum ni pernah guna pump tangan (lebih kurang sama tapi kene picit byk kali, lenguh tangan) guna bateri cepat sikit minyak disedut.
Tempat tong minyak dalam heater. Musim sejuk benda ni la yang agak leceh nak dibuat, sejuk2 ni bila minyak tanah habis memang bercinta nak keluar isi minyak. Saya guna glove masa isi, jadi tangan selamat sikit. Kadang tu tak pakai jugak, nak cepat. Tapi rumah moden Jepun sekarang dah banyak guna heater letrik yang terus disambung dalam rumah. Jadi tak perlu lagilah guna minyak tanah. Act. ada jugak kes danbo ni terbakar, jadi memang agak bahaya jugak. Musim ni memang akan ada kebakaran, jadi memang kena hati2 masa guna.

Beberapa hari ni suhu turun mendadak sehingga mencecah minus belas2. Tengok berita tv, salji tahun ni antara terburuk pernah berlaku di Jepun. Salji terburuk pernah tercatat dalam sejarah Jepun pada tahun 1963 dan 2006. Sekarang sebelah pantai laut Jepun salji turun mencurah2 dan banyak ribut salji. Kematian pun makin bertambah, semalam pun tengok berita, ada salji runtuh di kawasan onsen(kolam air panas), 3 orang mati. Mudah2an kami terus dilindungi, amin..

*Alhamdulillah.. tengahari ni cuaca panas, ada matahari keluar, harap2 dapat mencairkan separuh salji yang ada. :)

22 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Hi Kak As, kira guna heater ni dh boleh panaskan 1 rumah ek?

laskar pelangi said...

bestnyeeee akak dapat merasa pakai heater ni ha..kalau kat msia xyah pakai benda ni.dah confirm2 kena pakai aircond kan =))

Fazlinil Irma said...

dkt msia payah nak dpt minyak tanah. kalau ada pun mahal.

smlm sy tgok berita pun. fuh..dasyat salji kat sana. jd gerun plak bila tgok tebal + tinggi salji.

moga akak dan keluarga kat sana sihat dan selamat.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Khennn fuyu antara yg terburuk
Smpi duwet x cukup nk buang yuki dh
Guna Pam letrik ekk...weols guna Pam biasa je
Dulu dh ader tp rosak plak
Last guna yg manual
Keja isi myk darl buat now ai br nk bljq hahaha

シャイマ said...

sama la kita punye pump. syaima nye purple jugak hehe. ade kawan kerja kat company buat rumah ckp kalau rumah 1 bilik je,lg jumat pakai aircond. tp kalau 2 bilik ++ danbo lagi jimat.danbo ni dahla malas nak mengisi toyu, pastu bila natsu takde ruang nak menyimpan semua danbo2 yg ade.memakan spaces je kan.

yatie chomeyl said...

danbo kita sama lah kak As hehehe...tp kat umah yati 18L tu tahan 2 minggu kot sbb x payah pasang 24-7 danbo tu.

hari tu yatie angkut sendiri tong 18L tu naik smp tgkt 5, smp hr ni sakit2 pinggang huhuhuhu

Asmara said...

Mixed family, satu bilik je, rumah jepun berbilik2. ;)

Laskar pelangi, kat msia pengsan orang. hehe..

Irma, kalau sebut minyak tnah mesti ingat pelita, sbb time raya je minyak tanah digunakan. ;D

Papa Mifz said...

suhu minus belas2...pergghh sojuk boto tuh...

Asmara said...

Ayu, pump batery, 2hari sekali kene isi, nak tak nak kene buat sendiri jugak. ;)

Syaima, aha betul tu. bila kira2 lebih kurang jugak, sebb bil utk toyu campur letrik lebih kurang je ngan pasang aircond. ;D

Yatie, uit laratnya. tp nak buat camne kan, tepaksa gitu. hehe.. ni heater kedua kecik sikit, yg besar taun lepas rosak masa jishin. huhu..

nur easy said...

dulu2 duk sorang je, so bertahan je lah dgn heater y built-in dgn air-cond tu..;)

kasihredha said...

salji terburuk...tapi cantik sangat kan as :)

cik fadh said...

baru tau sane heater pakai minyak tanah..hehe

Hanis MY said...

alaaaa takyah la cair yuki tu i nak g main hehe... ye ye je sekali cik abam tak bagi...

Cik TeN10 said...

a`ah semalam ribut salji.. pagi tadi pun train delay sebab salji tebal sangatt.. so exam kitorang pagi tadi pun terpaksa start lewat berbanding jadual asal.. pg td nak pi kelas kena ikut lorong yang dh ditolak salji. k tak tenggelam kaki basah seluar.. kat sini tak penah la salji nak turun selebat ni.. sekarang kat hostel pakai aircond yg ada dua fngsi tu.. coller ngn heater.. lbh sng berbanding pakai minyak tanah punya heater ni.. tp nt bila dh dok umah sewa terpaksa pakai yg mc gini jgak la sbb nk jimat bil letrik.

アヌムちゃん said...

bkk 14 je ke.sejuk lg tu.huhuuu.sy set 18.tapi duk lama2 dpn dia rasa terbakar pulak.haha

Cikgu Ma said...

best plak nampak, dapat rasai keadaan tempat org...

salam kenal kak =)

Unaizah said...

Be extra careful ye...

Nadiah Sidek said...

leceh juga ye macam tu. kat sini heater pakai gas. mahal juga bil gas. nak-nak masa musim sejuk

Asmara said...

Papa mifz, bawah paras beku. ;D

Easy, lmbt panas, mula2 angin sejuk yg keluar. hehe..

K kasih, mmg cantik tp tu la mudah2an takde apa yg lebih buruk.

Fadh, sebb tu kene simpan wat kenangan. ;D

Asmara said...

Hanis, kata nak buat yuki daruma. hehe..

Fatin, risau kan salji over mcm ni. smlm pun shinkansen yamagata x jalan. byk benda jd tertangguh. huhu..

Anum, tau xpe, sbb duk depan dia bukak 14 je. hehe..

cikgu Ma, terima kasih.

K Unai, tq kak!

Nadiah, tu la mcm zaman dulu kala. hehe..

Juliet_iRa~" said...

rs klasik je mcm dl2 yea kak?

xpnh merasa guna minyak tanah..hee..kena g jepun la camni..ahaha ;p

MaryaYusof said...

Guna minyak tanah..?? Minyak tanah mahal tak kat sana? saje nak tnya...hehehe