Saturday, July 21, 2012

Quran Explorer Online yang mudah!

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Hari pertama berpuasa kene pulak masa musim cuti memang seronok. Mesti ramai yang balik kampung berpuasa bersama keluarga tercinta. Rindu nak berbuka puasa bersama2 keluarga. InsyaAllah tahun hadapan pasti dapat bersama2 mereka. ;)

Untuk rakan2 yang dikasihi bersempena Ramadhan ni sambil2 kita buat kerja, boleh juga kita mendengar bacaan suci ayat Al-Quran secara online. Al-Quran online ni turut ada terjemahan dalam bahasa Melayu, sambil membaca sambil boleh membaca terjemahannya. InsyaAllah.. Sangat sesuai walau di mana kita berada asalkan ada kemudahan internet. Kita boleh juga memilih untuk mendengar bacaaan dari beberapa reciter. Buat masa ni pilihan saya sudah tentu daripada Syeikh Mishary Rashid. Al-Quran online ni dah beberapa tahun saya guna selain untuk bacaan saya turut gunakan semasa berusrah. Terfikir untuk berkongsi untuk mereka yang belum tahu. Selamat beramal...  :)

Klik di sini untuk Quran Explorer secara online. 

(Setelah membuat pilihan tekan play di bahagian bawah kiri)

Pengguna telefon pintar dan tab pun boleh donwload di aplikasi telefon/tab masing2. Bagi saya yang menggunakan Iphone dan eeepad saya gunakan aplikasi iQuran Lite. Mudah juga jika ke mana2. :)

5 comments:

Ena's Stories said...

as...selain tu melalui hp pun da bole...d/load je..pastu leh bukak bila2 n baca...mudah sgt skrg ni kan...

Dr K said...

ya..Quran Explorer ni mmg best...
Saya suka bacaan Sheikh Saad al Ghamidi

~Salam Ramadan dari saya ya..Moga puasa kita sepanjang sebulan ni adalah yg terbaik dari sebelum ini ~

Unknown said...

Sekarang fone semua canggih, apps2 al-Quran banyak dah boleh di-install terus ke fone :)

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak buat Kak As & family! :)

Cik TeN10 said...

A'ah mmg midah dan praktikal.. Dh lama guna application IQuran Lite tu.. :)

hasnulyakin said...

Dunia sekarang..semua dihujung jari.