Tuesday, June 5, 2012

Japanese Salmon Rice

Satu lagi nasi Jepun yang simple dan sedap! Orang Jepun ni makanan dia mudah2 belaka, takde rempah ratus, tumis2 dan guna bahan yang banyak. Nak buat pun senang, makan pun kenyang. Patut la kebanyakan Japanese ni slim2 belaka. hehe.. Resepi dari kelas masakan Jepun. Kalau rajin boleh la cuba. ;)

Japanese Salmon Rice
Bahan-bahan,
  • 3 cawan beras Jepun
  • 3 keping ikan Salmon (dibuang tulang)
  • 1 inci halia (diparut)
  • 6 helai daun Oba (Japanese leaves, kalau xde boleh ganti dengan basil, spinach atau mint)
  • 3 sudu vinegar
  • Secubit garam
  • Bijan secukupnya
Cara-cara,
  • Beras dibasuh dan disukat dengan air
  • Masakkan sekali ikan salmon dalam beras (salmon letak atas beras)
  • Selepas nasi masak, gaul sekali ikan bersama nasi
  • Masukkan halia, garam dan vinegar, campur sebati.
  • Taburkan bijan dan daun Oba
  • Sedia dihidang dan dimakan bersama sayur tempura!
Masa buat entry ni tengah tengok kat TV student Jepun ni buat lawatan ke sekolah di Brunei. Nampak la diorang tanya macam2 pasal Islam, tudung dan lain2. Comel pulak tengok minah ni pakai baju sekolah Brunei. hehe..

19 comments:

Nadiah Sidek said...

nadiah tak minat salmon >.<

FnF Simple Life said...

salam As...makin terer As masak japanese food kan...syok nye As dpt join kelas masak2 / baking2 kat nihon...sy pun teringin nk join.

PINATBATE said...

Terima kasih..resepi mudah..Insyaallah kakpinat nak try..

Hanis MY said...

wahh first time tahu pasal menu ni... sgt menarik..

ha ah la mmg comel hehe... ala tak g buat liputan kat mesia ke, sadiss

profmie said...

wahh..sedp kew..ehheehee

Sarah said...
This comment has been removed by the author.
lizz said...

teruja rasa nak makan nasi jepun tu...bagus dierang ni memang sangat menjaga pemakanan dierangkan..

nur easy said...

nampak sedap, tp kat sini berkira2 la nak beli salmon..hehe

Teratak Hami said...

macam nasi goreng tapi takyah tumis bagai. Simple and boleh ler try nanti. Ni klu makan masa dlm pantang, sedap jugak ni.

farz zull said...

err, sedap ke tuh? hehe x minat sushi sangat...ehh comel plak minah brunei tu, siap dgn tudung cute..:P

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pernah buat sekali menu ni untuk bento...mudah dan sedap...my heroes tue mmg suka segala jenis ikan....
owh thyeols gi brunei ekkk...tercomot plak that gurl pakai tudung but still kawaii...dah lama x layan tv la ni...mlm mmg tidur awal

rostina76 said...

salam As, sekali tengok mcm nasi goreng je.hehe!!!btw dorg p sek mana tu? yang pakai tudung tu dah mcm amoi brunei dah (bdk cina sini kan pakai tudung g sek). cute!

Unknown said...

alahai... mang comel... (^___^)

Unknown said...

tengok je terus lapa kak ekeke

LydSunshine said...

Erm... saya kureng skit la salmon, tak tau kenapa. mungkin dia ada bau yg lebih kuat berbanding tuna. Tapi resepi ni boleh tukar dgn tuna kan? Nampak mudah dan menyihatkan.

Acik Erna said...

assalam as..tengok gambar nasi jepun yang nampak macam pulut tu pun dah terliur..sedap..

Kamalia said...

nampak simple dan sedap ni..harus ku cuba jugak.
hehehe..sanagt comel ek.tergelak saya tengok dia pakai tudung tu.bagus sungguh.

Unknown said...

salmon kat malaysia baunya kuat.. kalau beli tu terus kena masak.. lagi2 yang jenis frozen..tapi kitorang tetap suka..beli terus buat shioyaki..nak makan perah lemon..

Asmara said...

@mon ashmy, salam dik maaf terlupa sgt bk reply mesej dan buat trtungu2. Nanti email akk asmara_c@yahoo.com. Mohon maaf ye atas kelewatan. :)