Yeay! hari ni start cuti sekolah 2 minggu. Seronok tak perlu buat bento(bekal) pagi2. hehe..Act. hari ni cuti sempena Hari jadi Maharaja. Lepas tu bersambung dengan cuti musim sejuk. Ke manakah agaknya kami nak bergumbira cuti kali ni. ;D Kisah hari minggu yang lalu, saya join kelas membuat 'chawan' atau tea bowl atau tembikar. Buat dekat dewan depan rumah je anjuran universiti. Ni gambar belum habis touch up lagi. Saya buat cawan minum dan piring. :-)
Sensei datang dari jauh, kelas ni kene bayar jugak 300yen sorang. Batrisya pun join jugak jadi pelajar termuda dalam kelas. Sepatutnya papa dan mama, tapi waktu ni Haqem tidur, papa baik hati tolong jaga, jadi Batrisya ganti tempat papa. Dia suka pulak buat2 benda macam ni. :D
Mula2 sensei ajar cara2 nak buat dan guna tanah liat tersebut. Semua manual guna tangan je. Macam2 bentuk sensei ni buat, cawan, mangkuk, pinggan, loceng, dan pelbagai lagi.
Mama punya cawan dan piring separa siap. Masih ada proses lagi untuk jadi cawan yang boleh digunakan. Tak sempat pun nak ambil gambar banyak2, tangan pun kotor, ambil gambar guna iphone je.
Terlupa nak ambil gambar cawan Batrisya, sebab dah sibuk pulak dengan kedatangan Haziq dan Haqem. huhu.. Khusyuk betul dia menulis dan melukis kat pinggan tu, Batrisya buat pinggan dan cawan jugak, gambar tengah cawan paling bawah kanan tu Batrisya punya. Dan antara hasil kerja pelajar2 yang ada. Seronok join kelas ni, boleh jugak buat pasu atau macam2 lagi, tapi saya buat ikut sensei ajar, yang senang la tu. Tak sabar nak tunggu hasil kerastangan kami ni. Cawan2 ni semua perlu amik masa untuk siap sepenuhnya. Oleh kerana sekarang musim sejuk ia akan ambil masa hampir sebulan untuk kering sepenuhnya dan dibakar. Sensei kata biasanya 2 minggu boleh siap, lepas ni boleh la guna tak pun jadikan perhiasan. Nanti dah dapat saya tunjuk gambarnya (tahun depan) :D
20 comments:
oohhh sungguh seronok dan berminat
cantik dan berseni
cantiknye cawan love tu akak :)
akak..ape ek fb akak..add la sue: mujahidah87@gmail.com
:)
waa....As bestnya! Dah belajar masak2, buat cawan lah pulak hiihii...kagum dgn pelajar paling muda tu :-)
p/s: hepi belated besday As...semoga hepi selalu, sihat selalu, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur. Aminn..
Rajin sungguh Asmara. Lepas uli tepung, uli tanah liat pulak.
Ni boleh buat hiasan kat rumah.
Salam sis
Datang sini dari blog Fith;)
Sukanya baca blog akak, macam2 ada.
Boleh saya link?
wah, siap buat cawan n pinggang tu...kellas Kak As
memang best .. rasa kretif kan :)
Banyaknya aktiviti dok kat jepun ni ye. Bleh buat salad bowl, serving plate. Best ahh.
Huishh rajin sungguh mek sorang nih. Dewan tu belah mn? Cam xperasan je ?sy gak yg duk umah kelek anak..ekeke
Assalamualaikum Kak As..soronok yaaa sesekali join aktiviti macam ni..tak sabar ni nak tunggu tahun depan tgk hasilnya
seronoknyaa..hee
suka aktiviti camni..:)
best la akk..
seronok pulak rasanya ada xtvt macam ni kan.. dulu2 kat sek ren ada juga buat gini
tak kerastangan pun kak as... cantik je! dah la ada corak bunga2 i likeee... sensei tu simpankan eh, takpe nanti nk tgk live kat yone...
nice one!
lepasni boleh buat banyak2 untuk souvenir orang kat sini..hehe..
salam kenal :)
mcm2 As dpt belajar since dok nihon ni nmpknya...wahh..buat cawan sendiri lg tu....bole bawa balik m'sia buat kenangan tu as
Kak kasih, seronok jugak buat benda ni. :D
Sue, haha.. org lain yg buat tu.
LL, tq. ada masa dan peluang kita buat. :D
Kak Hami, kalau tak cantik pakai je. hehe..
Dayot, terima kasih. silakan. :D
Yatie, haha.. ada peluang je ni. :D
Kak Ida, saya x kreatif pun. huhu..cedih.
Lyd, best tp tak sempt nak buat byk pun. :D
Kam, depan rumah ni je. hehe..
Sue, akk pun x sabar gak ni. hihi..
Ira, sementara ada peluang nih. :D
EZ, tula teringat sekolah rendah dulu main tanah liat. hehe..
Hanis, aha, nnti taun dpn dtg lagi. :D
Yana, terima kasih. hehe.. tak kot. buat utk kenangan sndiri je ni. :D
Kak Ida, tu la utk kenangan je ni. :D
Post a Comment