Sunday, November 20, 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Tajuk kemain panjang, tapi bahan nak buat mudah sangat. Lauk daging salai ni special sebab diimport khas dari Malaysia. Minggu lepas mak mertua pos daging yang dah siap di salai, husband ada join korban kat kampung, jadi mak mertua pos sikit bagi merasa. Ada juga pos rendang daging dan daging masak hitam. Best dapat jugak dapat makan daging yang ala2 fresh. hehe..Alhamdulillah lepas jugak pos makanan yang siap di masak dari Malaysia. Daging pun elok lagi cuma yang salai tu ada sikit cendawan tapi saya cuci bersih dan salai balik. Ini pertama kali masak daging salai masak lemak. Antara resepi yang mudah dibuat. :D

Bahan2,
  • 1/2 kilo daging
  • 1 tin santan 
  • 1 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili burung
  • 1 biji kecil bawang merah
  • Sedikit garam dan gula
  • 1 sudu kerisik
  • Kacang panjang
Cara2, 
  • Daging dipotong nipis dan salaikan separuh masak
  • Bawang merah, cili burung dan kunyit ditumbuk halus
  • Masukkan santan, bahan tumbuk dan daging dalam periuk
  • Tutup periuk dan rebus seketika hingga daging masak
  • Masukkan asam keping, perasa, kerisik dan pati santan
  • Biarkan renih seketika dan akhir sekali masukkan kacang panjang. 
  • *kalau di sini santan dalam tin akan beku jadi ambil air bawahnya untuk rebusan pertama, dah empuk daging baru masuk pati santan yang keras bahagian atas. :D
Oh ye lagi satu nak ucap ribuan terima kasih kat Kamalia yang berbesar hati mengirimkan 2kg daging lembut dari Iwate tempohari. Ngam2 sampai sebelum raya Haji tempohari, sempat jugaklah masak sikit. Daging korban katanya. hehe..Alhamdulillah, moga makin dimurahkan rezeki. Kalau dtg sini jgn lupa bawak daging lagi ye. hihi..:D 

19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wahhh menu curlastt gituew
sure daging penuh fridge khennn
yummy ai loikeee

Chik Mimi said...

Nampak sedap la asmara ,akak belum pernah try daging salai masak lemak ni nak g carik daging salai dulu lah heheh

Teratak Hami said...

Jauh daging salai tu terbang :-)

kasihredha said...

wah daging salai import :)
akak suka masak lemak daging salai ni...tapi tak pernah buat. Makan yang MIL buat je :)

Amie said...

daging salai terbang tentu naik harganya ye asmara...rasanya tentu jauh lebih sedap!!

Niena Muhammad said...

daging salai ni sedap..tgk masterchef smlm cam best je

Soo Hae Daa said...

one of my fav dish...best..!! jauh tu dging tu bjalan...heheheh =p

E-na Zarina said...

boleh lepas ye as pos daging...alhamdulillah bole merasa daging 'fresh'...

lady lavender said...

boleh lepas yea hantar daging by pos...

p/s: kami kat sini boleh dapat daging fresh tapi kalo ayam tu memang ayam air batu aje yg ada :-)

Atashi In Hiroshima said...

wahhh..sedap ni. :D

Ida,Japan said...

wahhh..sedapnyer as..daging freah m\sia lagi asalnyer tu..k'ida suka daging salai msk lemak,,,,kt m'sia pernah beli jer la as

Kamalia said...

vavava..ade gulai dgg salai lg tuh..all time feveret..lauk tradisi kami sekeluarga..sy dr dulu nak menyalai dgg,tpxdanla kak..malas..hehe
psstt..malu ai,jgn la ltk nama kat situ..hehe.terima aksih sudi terima..terima kasih kerana brsabar sampaikan 2bulan order baru dpt.

fizahood said...

dah masak daging salai tu yek...saya pun tak merasa lg daging salai masak lemak...masa menyalai daging aritu...mcm2 masakan berasaskan daging mkn...xlarat nk mkn daging lg...bnyk sgt dpt daging korban...

Asmara said...

Ayu , daging dari msia dah selesai pun. :D

Kak Mimi, boleh salai sendiri tp kene ada arang, guna bara api. :D

Kak Hami, tu yg special sgt. :D

Asmara said...

Kak Kasih, tu la x caya boleh buat sendiri. hehe.. sedap!

K Amie, mmg mahal sgt nak terbangnya. :D

Niena, oh ada kat masterchef ye. :D

Asmara said...

Suhada, daging terbang. hehe..

K Ena, haah kak lepas pulak. risau jugak haritu. :p

LL, sini semua air batu. hehe..

Asmara said...

Yoon, mmg sedap nih. :D

Kak Ida, ni special mak mertua buat, tu yg lagi priceless. hehe..

Kam! hehe.. thank you so much tau! :D

Fizah, mak yang suruh buat masak lemak. hihi..

nazayiena said...

sedapnya....Lama dah x mkn daging salai masak lemak cili api.

Irfa said...

tak penah beli daging salai sebab bila balik kg ayah mesti akan bekalkan daging salai untuk kami..tak balik pun mesti kirim kat adik2 saya..


suka masak lemak daging salai