Thursday, October 20, 2011

Rumah terbakar! dan latihan kebakaran.

Pagi tadi dikejutkan dengan bunyi bomba dan ambulans. Ingatkan kenapa rupanya rumah depan aparto(apartment) kami terbakar! Act. papa yang perasan dulu, waktu hantar Haziq depan rumah jam 7.45 tadi dah perasan rumah tu berasap, ingatkan asap dari ofuro(kolam air panas). Biasa rumah Jepun akan ada tempat untuk berendam air panas Tak lama lepas tu baru bomba datang, lebih sejam diorang cuba padamkan api. Tapi mama tak keluar la, tengok dari tingkap rumah je, lagipun polis dah tutup kawasan tu. Kejap tadi papa lalu depan tu kata habis satu rumah terbakar, nasib baik tak merebak ke rumah sebelah. Mungkin berpunca dari danbo(heater minyak tanah). Tak pasti ada kemalangan jiwa atau tak. Harap2 semua selamat la. Kawasan ni kebanyakan yang ada orang2 tua, dan juga tinggal dengan family. Rumah pakcik ni tak kenal, tapi yang sebelah tu rumah kawan Batrisya. Mama snap gambar dari tingkap rumah je. rumah bawah tak nampak sangat sebab terlindung dengan parking basikal. Ingatkan nak kepochi jugak, hehe.. tp tak tau nak tanya siapa. Jadi tunggu je la berita tv malam ni. :D
Kebetulan la pulak Sabtu lepas aparto kami buat latihan kebakaran. Latihan ni buat awal pagi, semua orang pun muka bangun tido. Bomba datang ajar cara2 padamkan api dan cara gunakan alat pemadam api yang disediakan di setiap rumah. Loceng kebakaran dibunyikan dan semua orang kene berkumpul di tempat parking belakang aparto. Gambar ambil guna phone je. Saja untuk tatapan akan datang. :)

*update. pakcik yg rumah terbakar tu berusia 80 tahun, tinggal sorang diri. nasib baik ada orang lalu depan rumah perasan dan masuk dalam, tengok pakcik tu terbaring badan dah melecur. oh! kesian sebab dia tinggal sorang2 rumah besar 2 tingkat. Tadi lalu jugak depan rumah terbakar tu, memang habis semuanya, kereta pun dah separuh terbakar. nasib tak meletup je. Moga pakcik tu selamat berada di hospital sekarang.

13 comments:

Nadiah Sidek said...

harap2 takde siapa cedera

Unknown said...

nasib baik tak merebak ke rumah sebelah ya as...

seronok nampaknya buat latihan kebakaran tu..

teringat lak dulu2 masa kat UiTM akak kadet bomba tau...hahaha

Ida,Japan said...

semoga penghuni rumah yg terlibat tu selamat ....pernah gak join latihan kebakaran kt nihon ni, masa mula2 dgt dulu...

anumuchan said...

hope semua selamat la kan..xpenah tgk kebakaran dkt sini lagi..huhu

JaSSNaNi said...

nasib baik tak merebak kan.. sempat di padam api sblm tu..

past tu bagosnya ade latihan padam kebakaran tu plak kan.. atleast bleh tau sket2 nanti kalau emergency.. :D

fazian.batrisyia said...

Ingat masa sekolah dulu...aku masuk kadet bomba tau....best jugak buat kawad hose semua tu...Pandainya ko buat kek besday batrisya tu...Kalau aku buat jadi raksasa kot!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..emmm kesian kat pak cik tu..dahlah tercedera@melecur, nanti bila keluar hosp terpaksa pula terima kenyataan tempatnya berlindung dah musnah...

Cho Zila said...

kalau terbakar rumahni kesian sebab habis semuakan kalau kecurian ada gak barang tinggalkan .. jaukanlah dar mala petaka...

Hanis MY said...

kesiannya pakcik tu... itulah baru nak kepochi apa penyebab kebakaran tu, setakat ni tgk kebakaran dlm tv je, seram jugak eh nasib bukan sebelah rumah...harap semuanya selamat...

Asmara said...

Nadiah, pakcik tu cedera. tapi kat hospital sekarang. dia pengsan hidu asap.

K Yus, hehe.. kita dulu kesatria.

Asmara said...

Kak Ida, duk apato nmpknya mmg kene ada latihan kebakaran. ;D

Anum, minggu ni ada 2 kebakaran kat area sini. bomba dah pusing2 bgi amaran suruh jaga2 dengan danbo.

Asmara said...

Jass, tu la at least tau guna alat pemadam api tu. ;)

Yan, rasa masa sek penah buat kot. hehe..

Asmara said...

Sue, tu la kesian, dia dah la duk sorang2. tpi rasanya lepas ni dia duduk dgn anak dia kot. habis terus rumah dia terbakar.

Zila, amin.. semoga kita semua dilindungi. ;)

Hanis, dari danbo rasanya sebab mula dari tingkat atas. Alhamdulillah, moga terus selamat di sini.