Friday, September 9, 2011

Penyakit tangan kaki dan mulut

Dengan rasminya hari ni Haziq telah dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut, mama nak rekod kat sini. Jangkitan dari yochien. Petang semalam masa balik sensei beritau ada bintik2 merah kat tangan. Sensei kata esok(hari ni) tak payah datang. Kat yochien memang ada budak yang kene. Pagi tadi dah bawak pegi jumpa doktor. Seperti yang diketahui penyakit ni memang tak ada ubat, ia akan baik dengan sendiri dalam tempoh seminggu. Buat masa ni alhamdulillah Haziq tak ada demam, sakit atau apa, aktiviti tetap macam biasa. Tapi mama kene hati2, Haziq kene kuarantin tak boleh campur dengan Haqem dan Batrisya. Macamana nak buat, rumah kat Jepun ni kecik balik2 mmg diorang akan berjumpa jugak. huhu..
Tapak tangan Haziq dah naik ruam kecil2. Kebersihan kene jaga selalu, kalau dah jangkit kat sekolah memang tak boleh nak kata apa. Haziq sejak pandai pegi toilet sendiri lepas tu cuci tak bersih tu agaknya yang berjangkit. Mama harap tak semakin teruk, sedikit info berkaitan penyakit ni dari blog Dr Azwan. Terima kasih. Saya cnp sedikit info dari blog Dr.

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.



Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.



Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.
 HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.




Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

12 comments:

sue said...

kesian kat Haziq, semoga cepat sembuh :)

nur easy said...

odaijini haziq.. susah jg kalau takda ubat ya, cuba boleh elakkan

Amie said...

Asmara,
terima kasih atas info itu.... maknanya memang kita kena jaga kebersihan setiap waktulah ye...sama juga dengan beberapa penyakit lain, moga Hazid segera sembuh...

yatie chomeyl said...

SN pun dh kena bulan lepas. dpt cuti 2-3 hari gak la dr nursery

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ala ciannyer haziq
odaijini yer...
mmg kat youchien cepat betul berjangkit ek....

Z.U.E said...

sian nyer haziq.. semoga haziq cepat sembuh yer sayang..

FarhanahAdzlan said...

semoga cepat sembuh and thankz for the info=)

Unknown said...

Aww kesiannya kat adik Haziq! Semoga dia cepat sembuh! InsyaAllah!

Ida,Japan said...

take care of him...ciannye...

E-na Zarina said...

sinnya haziq...take care, get well soon little cute boy!

anie,Nagoya said...

awwww.....suka gmba2 yg kat atas sekali.ceria, bahagia.suka3.

moga Haziq cepat sembuh.

Asmara said...

Thanks all. Alhamdulillah, Haziq sihat macam biasa. tak ada rupa orang sakit pun. huhu.. tapi kene hati2 kan penyakit berjangkit. Dalam 3 hari dah baik, InsyaAllah..