Saturday, July 23, 2011

Natsu Yasumi (Summer Holiday) yeay!!

Hari ni bermulanya cuti sekolah musim panas@natsu yasumi@summer holiday bagi sekolah2 di Jepun dan sewaktu dengannya. Act. cuti2 sekolah di Jepun ada yang tak sama tarikh, ada yang seminggu awal ataupun seminggu lewat. Cuaca bagi setiap negeri adalah tak sama, kalau bahagian utara fuyu(musim sejuk) adalah lebih lama, natsu(musim panas) agak pendek, jadi tempoh cuti tu samaada dicepatkan atau dilambatkan je.

Cuti sekolah di Jepun ada 3 penggal, cuti penggal pertama adalah natsu yasumi bermula pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos (sebulan), cuti penggal kedua adalah fuyu yasumi bermula pada hujung Disember hingga awal Jan (2 minggu) dan cuti penggal akhir pada pertengahan Mac hingga April(sebulan). April merupakan sesi persekolahan baru di Jepun. Cuti sekolah pada waktu2 ni adalah untuk mengelakkan kesejukan dan kepanasan melampau pada budak2 yang pergi sekolah. Bulan 8 biasanya suhu panas adalah tertinggi, manakala hujung Disember hingga awal Jan salji turun dengan lebat, jadi budak2 tak terlalu terdedah dengan perubahan suhu.

Gitulah kalau bersekolah di negara 4 musim ni. Baju2 sekolah pun kene la bertukar2 ikut musim, memang banyak kerja jugak bila sentiasa bertukar2 musim ni. Ada seronoknya, macam2 jenis aktiviti dapat rasa. Kalau musim sejuk akan ada aktiviti bermain dengan salji, musim panas pulak swimming pool akan dibuka. Baju swimming kene beli siap dengan google, selipar, beg, topi renang dan towel. Setiap sekolah memang ada swimming pool sendiri. Memang macam2 persiapan kene ada bila sekolah buat aktiviti nih. Pening jugaklah kepala kami, tiap bulan akan ada macam2 aktiviti. Aktiviti tanam2 pokok pun ada, siap kene jaga pokok jangan sampai mati. Semalam budak2 ni balik macam2 benda dibawa pulang. Batrisya bawak balik sepasu pokok bunga. hehe.. kene jaga nanti dah naik sekolah kene bawak semula.

Pagi tadi ada acara sukaneka di sekolah Batrisya. Papa je pergi mama ada tetamu kat rumah dari semalam. Sukaneka sambil bergotong royong mengemas sekolah bersama ibu bapa yang lain. Orang Jepun ni wajib akan hadir setiap aktiviti yang dianjurkan, sangat la memberi kerjasama. Tak kira la acara apa pun mesti akan datang. Tak kira pangkat apa, akan turut sama2 kutip sampah, kemas bilik darjah, dan lain2. ;) *teringat suasana kat Msia, jarang sekali satu kelas tu setiap mak ayah murid datang join aktiviti sekolah.

Natsu yasumi ni bermula dari 23 Julai hingga 22 Ogos. Lega jugak mama tak payah buat bento, lagi2 bulan puasa akan datang ni. Kemanakah arah tujuan kami cuti2 ni ye. ;)

7 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

betul k.as benda yg paling best bila x payah buat bento everyday adam cuti sampai 30/8 nie....kira raya dia dah sekolah...uwaaa

Afikah Aziz said...

wah bagusnye org jepun..xcm kt mesia huhu,ape pun mesia tetap di hati wlp ramai yg susah nk bg kerjasama ehehe :p

CT said...

kelas gitew...bestlah...banyak musim banyak pgalaman..hhuhu

Unaizah said...

Mama kena ligat gak fikir aktiviti anak-anak time cuti sekolah ye....

Hanis MY said...

kak as nanti update2 coti2 tau..syoknyaaa

Asmara said...

Ayu, lewat gak ye masuknya. hehe.. betul tu tak pening kepala tiap pagi kene buat bento. ngee...

Afiqah, Msia tanahairku. hehe..

Asmara said...

Kak CT, haah banyak lah jugak ongkosnya. :D

Kak Unai, minggu pertama je boleh buat aktiviti. Puasa ni kene ajar puasa pastu aktiviti dalam rumah je la nampaknya. :D

Hanis, bulan puasa la nmpknya entry coti2. hehe..