Tuesday, May 17, 2011

Hanami dan sedikit perkembangan di Jepun

Sejak balik bercuti ni peratusan untuk update blog adalah sangat menurun :). Untuk kenangan saya masukkan sedikit gambar yang sempat di ambil sewaktu Hanami tempohari bertarikh 3 Mei 2011. Kami berjalan kaki ke Uesugi Jinja, tempat pelancongan yang popular di sini. Waktu ni sakura dah hampir habis berguguran.
Sekejap je salji dah mencair, sewaktu kami pulang tempohari salji masih tebal. Balik semula ke sini hampir hijau semua tempat. Tapi masih sejuk dan kami masih memakai heater dalam rumah (pagi dan malam). Selimut tebal masih dipakai, kecuali baju sejuk tebal dah masuk kotak.
Aktiviti lari2 dan guling2. Sejak sekolah ni agak teratur jugak lah hidup. hehe..
Dah makin besar, lagi banyak aktiviti, dah tak boleh duduk diam. Masih manja dengan mama dan tak berapa nak dengan orang lain.
'Jagaimo butter' (kentang butter). Sangat sedap ni! kentang yang dikukus, diletakkan butter dan mayonis. Berharga 400yen satu.
Sakura merah jambu.
Biasanya cuti Golden week tempat ni sangat penuh dikunjungi orang. Tapi tahun ni nampaknya tak ramai pelancong. Matsuri (festival) yang biasa diadakan pun dibatalkan atau berkemungkinan diganti pada bulan Sept. nanti. Kerajaan Jepun sekarang nampaknya lebih berjimat cermat menggunakan sumber kewangan. Sekarang ni penggunaan elektrik dikurangkan terutama di pasaraya2, lampu tak dipasang sepenuhnya. Universiti dan semua pejabat pun sangat berjimat dalam penggunaan elektrik. Simpati. :) Oh ye tariff letrik juga dah naik. huhu.. kami pun terpaksa berjimat menggunakan tenaga elektrik nih.

Dua hari lepas sempat tengok rencana di tv, kisah area yang terkena tsunami dan gempa tempohari. Dalam tempoh 2 bulan banyak tempat yang dapat dibaik pulih dan kembali seperti sedia kala. Sangat mengagumkan kerja2 orang Jepun, sangat cepat dan pantas. Bangsa jepun ni sangat wajar kita contohi sikap dan cara kerja mereka. Sangat tekun dan sangat bersungguh bila buat satu kerja tu. Teringat kisah gunting rambut di salon di Malaysia tempohari dengan kedai gunting rambut di Jepun sangatlah berbeza. hehe.. Di msia sambil gunting rambut sambil boleh bercakap terjerit2 dengan tukang gunting lain, tapi di Jepun semua senyap je satu patah ayat pun tak keluar kecuali perlu. Malaysia tanah airku dan Jepun tanah tumpang ku. :D

Perkembangan di Fukushima Nuklear plant pulak, sekarang ni nampaknya pemindahan lebih meluas hingga 30km. Dua hari lepas satu kampung kene pindah setelah didapati tahap radiasi tempat mereka sangat tinggi. Sedih jugak tengok orang2 kampung terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka. Walau diberi rumah baru tapi tetap tak sama dengan rumah yang mereka dirikan sendiri. Sampai termimpi pulak teringatkan nasib orang2 disitu. huhu... Bilangan mereka yang menumpang di pusat pemindahan sementara telah berkurang tetapi masih ada lebih kurang 5000 orang lagi tiada tempat tinggal setelah habis semua rumah hanyut dan musnah. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa, paling tak tahan tengok kedai kombini 7-E tetap dibuka menggunakan lori di tapak bangunan yang runtuh. Simpati lagi.. Gambare Nippon!

*Entry ni dibuat sejak jam 9 pagi tadi tp gangguan Haqem dan kerja2 rumah jam 1 petang baru siap. ;D.

13 comments:

Hanis MY said...

kak as cantiknya sakura kat sana... esp yg pinky winky tu, masa hanis balik sendai dh byk daun dah huhu... batrisya potong rambut eh? dia dgn haziq mmg suka sgt lari2 kat situ kan time winter pun jenuh nak kejar derang hehe...

p/s: mmg nk contact akak gak tapi hanis dgn takde tenet kat umah (takleh nak fb etc) so tatau nk contact cemana. guna tenet time kat cc atau g kopitiam guna wifi tak sempat la pulak nak lama2 check benda2 penting je, email dr sensei etc huhu... teringin nk g jalan yonezawa lagi...

Kamalia said...

akk..suke gak ngan sakura pink itu..hahaha,biasela ank bongsu..mesti manja lebih ngan mamakan..ni yg xbongsu 2org tu pun susah nak pisah tdo..kentang butter mmg sodapkan kak..tetiba teringin la pulok..
eh,aritu tengok yg diorg buat voluntery work..pi kat kwsn2 sume ni,diorg bg service gunting rmbut free..sgt baguskan kak diorg ni..suka akak punya quote tu..Jepun tanah tumpangku..

Rtp Farra Arisha said...

oh sis stayy di japan ya? bestnyaaa, nak pergi sana jugak laah...and how was the condition in japan now? hope everything will be ok as usual....:))
pray for the best.

Juwita Jamaludin said...

Cantik tempat ni As.. Bestnya kalau dapat pergi.. Hihihi..

Umie said...

*Entry ni dibuat sejak jam 9 pagi tadi tp gangguan Haqem dan kerja2 rumah jam 1 petang baru siap. ;D.

kak as, daku juga mengalami nasib seperti itu...akak ok lg, 1 petang berjaya gak publish...saya ni, kenkadang tulis nye pagi...dah tgh mlm baru berjaya publish...haha

Unaizah said...

Cepatnya Japanese get back to their feet. Tak byk bunyi tp keje jln... Btw, life back to normal ye since dh balik Jepun?

Idayu said...

yeah,,ganbare jepun!!

w/pon cuma menumpang, rasa sayu n sedih apa2 pun yg berkaitan jepun. dh rasa mcm second country pulak...sgt selesa tinggal kat sni..

Asmara said...

Hanis, haah budak2 ni potong rambut kat msia haritu. meh le dtang lagi, ala bukan jauh sangat pun kan! best sangat bila ada org dtg rumah ni. :D

Kamalia, Haziq tu pun sebelum tido nak kene peluk mama, skrg dah tido sorang atas katil sendiri, sebelum tido kene teman jap. hehe..Jepun tanah tumpah darahku jugak sebab beranakkan Haqem habis darahku. ahaha..

Farra, menumpang kasih di bumi orang untuk sementara waktu je. hehe.. tiba masa balik semula ke Msia. Japan getting better tp bab nuklear power plant tu getting worse kot. huhu.. pray for japan.

Asmara said...

Ita, bila nak test drive lagi tu. hehe.. jalan la jauh sikit. Tmpt kami ni 3 jam lebih je dr Tokyo.

Umie, ekekeke.. tu la nasib baik dapat publish, kadang tu mmg terperam terus sampai basi dah. haha.

Unaizah, tu yg best cara kerja org jepun nih. Harap2 balik nnti dapt la ikut cara kerja diorg. InsyaAllah..Kehidupan berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.. :)

K Ayu, kan! terasa sangat. lg2 tiap hari tengok tv mesti ada kisah usaha diorg baik pulih negara ni. I Love Japan! hehe..

my balqis said...

kak as, ape kaba??? huhu tgk gambar akak rindu jepun, diorg mmg best xmcm kat sini mcm2 hal, bab dr tu sakit ati gak!!!! mase bwk adam siap kene marah sbb bukan shif die kene kerja, budus betul, xde manner...akak take care ye kat sane, sedih gak bile jepun kene camtu, tempat tumpang darah gak mase lahirkan budak2 ni dulu, huhu

freewriting said...

Salam akak..cantiknyer sakura..terubat jugak rindu nak tengok gambar2 cantik dari blog akak ni..hehehee...take care...

Don & Nor said...

ayuyai as...sakura dah tinggal sket pun ada byk mcm tuuu....sgt santek ooo....
nor pun suka kehidupan dijepun..semuanya best...

Asmara said...

Ayu, kan! berbeza la org mesia ngn jepun ni. nak buat camne kan. ramai yg xde pengalaman macam kite. kalau diorg ada pengalaman mungkin boleh ikut serba sedikit. huhu..

Nana, hehe.. tq. gambar biasa aje, suka2 untuk kenangan diri nanti.

Nor! sakura mmg sangat cantik! tp sayang seminggu 2 je hidupnya. bila nak jln jepun lagi. hehe..