Wednesday, February 23, 2011

Red Velvet Cake

Yeay! satu lagi wishlist yang berjaya dibuat. Agak mencabar jugak buat red velvet kek ni. Act. pernah cuba sekali tapi tak jadi. Pasal apa ntah mungkin sebab penggunaan cuka yang tak betul kot. Tapi masa tu keknya memang boleh dimakan, tapi masa potong tu dia macam peroi gitu. Rasa pun ok la jugak. Kali ni pun agak berjaya dan sedap. :)
Saje je nak letak lilin. Ini permintaan Batrisya la mengada2 nak letak rousoku (lilin).
Budak2 ni dah tak sabar nak makan, dah siap pegang garfu. Mama sibuk je nak bergambar. hehe.. haruslah kan, bila kek menjadi dan untuk panduan diri sendiri akan datang. hehe..
Rupa slice yang dah dipotong, memang tak sempat nak hias gambar bagai bila 3 anak ada depan mata. hehe.. Merahnya kurang, coklat pula yang lebih. Tengok pada resepi lain ada yang guna kelapa kering sebagai hiasan atas cream cheese nih. Memang lebih sedap giler! Guna kelapa kering yang diletakkan pewarna merah. Resepi ni tengok ada macam2 version tapi saya cuba dari myr. Terima kasih tuan punya resepi. :). Kite cnp je la ye.

*Buttermilk tu guna fresh milk letak cuka lemon.
*Cream cheese topping tu saya buat cream cheese(250g) campur whipping cream(150ml), gula(120g) dan sesudu lemon. Dapat kuantiti banyak boleh tebal sikit lapisan tengah dia.

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
  12. TEPUNG KEK: 1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.

13 comments:

Kamalia said...

kak as..sy kelmarin tgok kat umah rima tau..terliur2 saye..la ni,kat umah akak lak..
uwaaa..bile nak buat nih?akak gune pewarna merah yg biasa tu je ke?( ke ade yg luar biase?)
igtkn besday sape td..nextweekkn besday haziq?(ye ke,sbb sy rs mcm die dekat2 je tarikh ngan amni)..

Asmara said...

Kamalia, haah guna kaler merah serbuk tu. tp bancuh ngan air sikit. belum lagi besdey Haziq 19hb nnti. eh nnti leh celebrate sesama2 kan amni! hihi..

Ayu said...

salam asmara...

pekabo? blk m'sia nnti leh la ko buatkan RVC utk aku eh.aku tau mkn je...nak buatnya aku reti aka malas.hehehe...

wweehhh...sesenang jengah la blog aku

Hanis MY said...

Kak As..tiba2 kan birthday sy 19hb gak macam haziq ehehe..boleh lah sambut sama2 yeayyyy! aci tak??? comel je batriesya posing tiba2 teringat yg akak ckp dia selalu ckp kanaaa....

Mrs Azuhaizat said...

ya Allah terliurnya tengok kek awak as, akak nak try buat pun oven pulak x ada...

anie,Nagoya said...

as memang suka kek ya?Ida Ddapur dah stop blog.sedih ya.

Ida rajin wat kek.as pun berbakat jg.kkanie mampu tgk je.nak cuba memang takutttttt.tak tahu ssape yg rela makan?

Unaizah said...

Simpan satu slice utk i ye hihihihi... Teringin betul nak rasa RVC yg sedap sebab ramai org dok cakap pasal RVC. Dah penah try sekali tp tak suka sgt...tu yg nak try lagi.

Unknown said...

amboi cantiknya kek...lum pernah buat lagi kek merah ni..tak tau nk beli jenis cuka yg mana kat sini byk sgt jenisnya nanti tersilap lain pula rupanya kejadian kek tu...btw tapau sinilah sikit yer...hehe

Asmara said...

Adah, haha.. boleh je alau ada masa dan berkesempatan nnti buat tuk ko. hihi..

Hanis! sama besdey Haziq eh! wah nnti mkn kek kat sini nak! hihi..

K Su, isk kite x seterror akak memasak. hihi..

Asmara said...

K Anie, ala suka2 je buat. nak beli semua xleh mkn. kitaorg tnya tiap kedai kek sini kbyknnya ada alkohol, pastu nyukazai dia pun x pasti. mencik jer.. huhu.

Unaizah, hehe.. sekali sekala makan sedap gak nih. rasa cheese tu yg kene dengan keknya. :D

Nieza, ekeke.. apalagi import mesia la. hehe..

Umie said...

kan kak As, tgk kek kat nihon nie sume nye tempting tp tgk kat bhn2 geram aje..mesti nak letak nyukazai..nyampahss aii..

disebabkan nampak agak leceh nak membuatnya, saya rasa elok saya order jela dari akak kek nih..kekeke

lady lavender said...

adoii..sungguh memberi inspirasi utk saya terer baking membaking mcm pn asmara kita ni :-)

Asmara said...

Umie, kan2! kemain cecantik giler keknye. husband kite ni rajin bertanya dan call comp. mknn tu tnya nyukazai dia dr haiwan ke tumbuhan. penat makcik nak cek satu2. huhu.. last2 kita bikin sendiri je la. tp sekali sekala tukan nak gak merasa mkn kek beli. uhuhu..

Lady, alahai masih amatur sesangat nih. sikit2 boleh la mencuba. hehe..