Thursday, February 3, 2011

Kuih Puteri Ayu

Hari ni cuaca nyaman je, dan suhu 4C tu! dah sebulan suhu bawah 0. Kira hari ni best la walaupun tetap sejuk. Petang2 ni kita layan kuih puteri ayu. Ini kali kedua buat. Kalau dah biasa dengan peralatan dapur tu sap2 soi je terus siap! hehe...
Buat separuh adunan dari resepi, kuih ni budak2 suka makan sebab lembut gitu kan. Baru perasan budak2 ni kalau kuih2 keras diorang tak jalan sangat, tapi kalau kuih lembut2 mcm kek mmg suka la. TQ kat tuan punya resepi. :)

Bahan-bahan ( 55 biji )

4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. 7. Kukus selama 5 minit.

8 comments:

Hanis MY said...

sedapnyaaaa huhu..teringin nak cuba buat..acuan dia kak as bw dr mesia ke?

lady lavender said...

sedapp.saya pun suka kuih ni tp tak pernah try lagi. Takde acuan nak buat. Next time mesti nak try :-)

p/s: thanks a lot for resepi donut aritu. Saya dah buat. Seronok sgt sbb dpt output yg best. kali ni baru berjaya mengatasi masalah saya dgn yeast :-). Lps ni saya mesti rajin jengah resepi kat sini lagi. Thanks a lot.

Unknown said...

assalam ...nampaknya kat sini lagi sejuk yer hari ni -1 degree c...tapi kira oklah kalau compare masa -25 degree hari tu tak thn juga dibuatnya...btw nampak sedapla kuih puteri ayu ni...lama tak mkn kuih ni.

Umie said...

nie mesti acuan imported dr Mesia kan..hehe.. umie pun baru aje mkn kuih seri ayu nie..bukan umie la yg buat tp jiran sebelah yg bagi..hehe

anie,Nagoya said...

uwwaaa....dah berpuluh thn tak mkn kuih ni.mana as dpt kelapa?

Asmara said...

Hanis, haah akk kirim org mesia poskan.

Lady, hehe.. boleh mintak org mesia pos nnti. Oh menjadi donut ye. Alhamdulillah.. nnti boleh buat selalu. :)

Nieza, sampai bulan Mac ni nanti sejukk camni. Winter kat sini mmg lama. huhu..

Umie, hehe.. apalagi lepas ni pinjm la acuan org sebelah. ekeke..

K Anie, guna kelapa kering tu letak air panas sikit. :)

nur easy said...

ayu nya kuih ni. :) sampai skrg x penah nak mencuba2 lg. hehe

fazian.batrisyia said...

Dah lama teringin nak try buat. Tapi lum buat2 lg, kira list KIV la tuh..