Saturday, January 15, 2011

Osaka Aquarium Kaiyukan


Jika sudah berada di Osaka jangan lupa melawat ke salah satu Aquarium yang terbesar di dunia. Kami ke Aquarium ni pada 29 Disember 2010. Masa kami tiba ada perarakan penguin. Comel sungguh penguin ni berjalan atas karpet biru.

Eh nampak tak sorang budak perempuan yang comel tu. Itulah anak Ros jintanmanis Damia! Kami bermalam di rumah Ros waktu tu. Rumah Ros sangatlah dekat dengan Aquarium ni. Jalan kaki lebih kurang 10-15 minit saja. Senang betul bawak Damia ni, Batrisya pun suka sebab ada kawan jalan2. :D

Dalam ni memang banyak hidupan laut lain, paling menarik sekali adalah whale shark yang sangat besar. Aquarium yang besar ni berbentuk silinder, kita akan mengelilingi silinder ni untuk tengok ikan yang terdapat di lautan pasifik. Selain tu ada jugak banyak aquarium lain yang menempatkan hidupan laut lain seperti Dolphin, sealion, seal, dan hidupan laut yang kecil seperti ketam, obor2 dan ikan2 yang kecil.

Haziq tekun tengok seal tu. Ikan belakang tu memang lebih besar dari Haziq sebenarnya.

Sempat juga tengok feeding time dia. Antara aquarium yang menempatkan ikan2 yang cantik.

Bergambar dengan size sebenar whale shark.

Touching pool, kita boleh rasa dan pegang anak ikan jerung dan manta ray untuk rasa perbezaan kulit ikan ni. Aquarium ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, tiket untuk seorang dewasa 2000 yen, 7-16 tahun 900 yen dan kanak2 4-6 tahun 400 yen.
Bersebelahan aqurium ni terdapat shopping complex atau Tempozan Marketplace dan juga Ferris wheel tapi ni tak naik la. Kedai halal pun ada dalam ni. Anak2 tertarik dengan aiskrim turki yang buat silap mata. Tak sempat bergambar sebab masing2 dah kelaparan. hehe..
Terima kasih tak terhingga buat Ros yang menerima kami sebagai tetamu semasa di Osaka. Layanan yang best dan rumah bak hotel gitu! :D InsyaAllah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.

4 comments:

Iryd and Pitt's little diary said...

wahhh..berjalan sakan kak as..best la..nanti senang la iryd nk pi..ade info dr kak as ni..thanks for sharing..:)

ijan said...

Salam As,
kite lak teringin nak tengok dolphin. hehe :D

fazian.batrisyia said...

bestnye ko...sebelum balik mesia mesti habiskan round2 jepun. bos aku awal bln 3 cadang nak ke jepun lagi...

Asmara said...

Iryd, pegi mana yang sempat je nih. hihi.. sibuk jumpa orang je kami ni. :)

Ijan, hehe.. sana mesti lg byk. kan!

Yan, ala mesti pegi area tokyo. kalo x leh kirim omiyage kat ko. hehe..