Tuesday, January 11, 2011

Jalan-jalan Gifu dan Mie

Kisah perjalanan cuti2 Jepun tempohari masih terperam. Malasnya nak buat entry. Tapi untuk kenang2an kami dikemudian hari, terpaksalah abadikan jugak dalam blog nih. Perjalanan selama 10 hari sempena Fuyu Yasumi atau cuti musim sejuk. Antara cuti di Jepun yang paling panjang, dalam tempoh 2 minggu ada macam2 cuti. Paling utama cuti new year atau cuti hari raya bagi orang jepun. Masa ni banyak la dapat kad raya. Budak2 ni pun dapat jugak sensei bagi. Sekolah pun bercuti 2 minggu. Hari ni baru budak2 sekolah. Act. Jumaat lepas dah masuk untuk 'Entrance ceremony' tp sekolah 2 jam je, kene pakai full uniform.

Semalam pun cuti umum gak sempena Hari Dewasa (khas untuk sape2 yg masuk umur 20 tahun) ini pun boleh jadi public holiday kat Jepun. Kita pun tumpang bercuti la jugak, tapi disebabkan minggu ni salji turun mencurah2 sampai tak boleh nak keluar rumah (nak keluar kene gali dulu salji kete pun dah x nampak bayang) maka kami pun duduk diam2 dalam rumah sambil makan, tengok tv, main game dan tido) haha.. tapi budak2 ni la seronok. bangun pagi terus pakai baju sejuk main salji kat tepi rumah.

Itenary perjalanan. 25\12\10 kami bertolak jam 8:30 pagi dan tiba di Gifu jam 12.00 tengah malam. First time lebih setengah hari duk dalam kete. Nasib baik tak pengsan, dan budak2 pun ok. Sepatutnya perjalanan lebih kurang 8 jam sahaja. Tapi haritu la salji lebat turun tanpa henti dalam tempoh tak sampai 24jam, sampai semua highway pun tutup, jalan jammed tak boleh lalu, hampir2 nak patah balik cancel perjalanan. Tapi nak pusing balik pun x boleh. Act. hari tu mmg ramai yang terkandas, ada yang sampai 24 jam duk dalam kete. Nasib kami baik jugaklah, dah siap bawak bekal makanan, boleh jamak dan paling lama pun sejam setengah kereta tak bergerak. Dapat bergerak pun tak boleh nak bawak laju sebab jalan atas ais. Kejadian ni berlaku di area Fukushima dan Niigata. Kami bergerak menghala ke bawah rasa lega sebab dapat mengelak salji yang lebat tu, sape2 yang naik atas belah2 Tohoku mmg kurang bernasib baik waktu tu. Alhamdulilah selamat jugak kami tiba di Gifu. Seronoknya kat Gifu takde langsung salji, perjalanan pun best je. hehe..
26\12\10, berjumpa kawan2 di Gifu. Dapat jugak jumpa kak esti kawan Indonesia dulu tinggal di sini tetapi dah berpindah ke Gifu.

Jalan2 tengok illumination.

Cantik!

Batrisya dengan best friend Najiha! Balik Mesia dah janji nak sekolah sama2.

Sejuk!

Kami tiba di sini jam 4 petang, pukul 5 dah gelap dapatlah tengok illumination nih.

Illumination ni dibuat setahun sekali je sempena krismas dan tahun baru.

Alhamdulillah dapat jugak merasa makan ikan maguro ni. Memang sedap sesangat, kedai ni di daerah Mie. Memang termasuk dalam jadual perjalanan kami ke sini. hehe..Terima kasih untuk Anas dan Myra yang bawak kami ke sini, nasik ayam yang sedap dan hos yang terbaik! :)

4 comments:

Hanis MY said...

Kak As! cantiknyaaaa huhu teringin nk g sana gak..jeles boleh makan makanan yg best2...akak rasanya belah tohoku tu sendai jelah satu2nya yg tak snow lebat huhu... takpe nanti nk g sana bulan depan wink2...

P/s comeynyaa baju haqem siap ada hood plus telinga lagi kiut sgt...

Asmara said...

Hanis! meh2 dtg tau! kita tgk lantern festival nnti. :D

Bibu said...

dtg gifu?ala kita kat mesia.anas n myra tu tggl kat gifu ke?makcik pun kat gifu.aduh tgk lauk-pauk tu perut lapo lak....

nak geladah dapur jap lagi....

Asmara said...

K Anie, haah diorang duk Gifu. isk2.. kalau akk x balik mesia sure boleh jumpa kan! hehe..