Sunday, January 23, 2011

Donut Gebu

Kali ni rajin amik gambo. Sebab kali ni buat guna resepi lain. Nak try berbagai2 resepi mana yang sedap. Donut ni sedap, lembut dan gebu. Tapi buat separuh adunan resepi. Ini kuih faveret Haziq, dia sorang je boleh makan 4 biji. hehe..
Separuh ni nak buat untuk frozen konon, tak sempat nak masuk esbok Haziq nak lagi. Goreng gak la tapi tak pulak dia makan. uhuhu.. Terima kasih kat tuan punya resepi. :)

Sumber: Skyblue, Myresepi
Bahan-bahan,
  • 3 1\2 sudu kecil yis
  • 1\4 cawan air suam
  • 1 1\2 cawan susu segar (suhu bilik\dipanaskan sedikit)
  • 1\2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 1\3 cawan shortening\butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara,
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

3 comments:

Anonymous said...

anak ko cam anak aku.. kalau makan donut, seklai makan mmg boleh makan 4/5 bijik, nak2 time panas.. oo lai satu entah2 dia suka gak pau, anak aku hantu pau, mana tau selera sama.. huhuhuhu...


yan

lady lavender said...

saya selalunya kalo buat apa2 yg berasaskan yeast selalunya fail..mcm jadi tak jadi aje. Malu aje..tak pernah try buat donat walaupun dah nyk kali kata nak buat. Nak try resepi ni la ..

Asmara said...

Yan, kalau pau Batrisya yang suka, Haziq suka makan inti dia je. Tapi donut ni dia makan semua sbb gula tu manis la kot. hehe..

Lady lavender, hehe.. kite dulu pun kdg failed gak. maybe sbb yis tak mengembang. Kene peram dan tunggu naik baru dpt donut yg gebu. :p selamat mencuba lagi.