Thursday, August 12, 2010

Nasi Ayam Kukus

Menu berbuka untuk hari pertama berpuasa. Percubaan membuat nasi ayam kukus. Sangat mudah. Resepi asal tak letak sayur2 kat ayam tu, tapi saja je letak untuk banyakkan sayur. Lagi satu masa mengukus tak pandai nak bajet lagi, lebih sejam jugak kukus ni. Brocoli tu pun sampai dah layu. hehe.. InsyaAllah next time buat dah boleh bajet time. :) Google resepi jumpa la resepi raidah ni. Terima kasih tuan punya resepi.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 batang serai ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
Sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk pati ayam ~ kalau suka

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
2. Kukus ayam yang sudah diperap ini dalam kukusan dan kukuslah sehingga ayam masak.

*Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah. Kuah ini dijadikan sos kicap utk nasi ayam.

Untuk nasi:
2 cawan beras
3 cawan air ~ jika beras lembut kena kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras tersbt
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecik serbuk pati ayam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air, garam dan serbuk pati ayam.
4. Tanak hingga masak.

* Nasi ini tidak menggunakan air rebusan ayam. Jadi saya meletakkan serbuk pati ayam utk menambah perasa ayam di dalam nasi.

Sos cili:
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 cawan air
Gula dan garam secukupnya

Cara penyediaan:
Kisar cili bersama bahan-bahan diatas sehingga halus dan didihkan sebentar.

Bahan sampingan ~ dihiris
1 biji salad
1 batang timun

2 comments:

cplud miera said...

wah sedapnye..leh cuba nih..mklumla,org bujang xder nk beria msk cmni..hehe

Asmara said...

Miera, ni antara resepi yang senang ni, tak banyk bahan sangat pun. sape2 pun boleh buat. hehe..