Hanabi (bunga api) hari Jumaat yang lepas.
Gambar2 yang tak berapa nak cun. hehe.. sambil snap sambil meriba Haqem.
Petunjukan bunga api dari jam 7.30 malam hingga 9.00 malam tak berhenti. Memang best! banyak comp yang sponsor bunga api ni.
Alahai muka budak yang takut dengar letupan. Bunga api tu betul2 depan kitaorang, memang kuat sangat. Tahun lepas pun takut jugak, mula2 nak pegi bukan main excited sangat. Dia nak tengok dari dalam kereta je. hehe..
Haqem yang relax sangat. Dia suka je tengok bunga api tu. Alhamdulillah dia ok je. Tengok la mata tak kelip2 tengok bunga api tu.
Best tengok dekat2, depan mata.
Gambar jepun2 pakai yukata x dpt nak amik, selain gelap, gangguan anak2, segan lak nak amik gambar curi. hehe.. tapi suka tengok jepun2 ni pakai yukata. Masa ni la diorang nak bergaya cecantik.
Budak yang tak reti duk diam ni. Duk tengok dia je la lari sana sini. huhu.. Banyak amik video je nih. Harap2 tahun depan dapat berhanabi lagi. ;p
No comments:
Post a Comment