Antara taman permainan yang best kat sini.
Taman rekreasi/exercise yang sesuai untuk family dan anak2. Masuk pun percuma je.
Macam2 aktiviti boleh dibuat. Seronok tengok budak2 ni happy je bermain.
Biasa datang waktu cuti. gambar atas tu masa bulan lepas (angin masih sejuk). Kalau minggu ni panasnya mencucuk ke tulang. hehe..
Taman ni memang dijaga dengan baik. Operasi dari jam 8 pagi - 5 petang sahaja.
Ada kolam dan air terjun buatan untuk mandi2 dan main2 air.
Haziq tak sampai kakinya nak mengayuh basikal kereta ni.
Slider terpanjang rasa ni. Best sangat masa turun, tapi masa nak naik huhu.. semput!
Haziq yang gambare! Dia boleh naik 2 kali. Tak larat mama panjat bukit yang tinggi ni. hihi..
Best sangat masa turun, badan macam kene urut oleh rod besi tu. hehe.. Musim panas yang terik sekarang malas pulak mama nak keluar jalan2. Kesian jugak kat budak2 ni cuti duk dalam rumah je. Tunggu weekend je la eh kita jalan2 naik kereta dengan papa. ;)
No comments:
Post a Comment