Friday, July 30, 2010

Donut Suria

Donut yang mudah dan sedap! Ramai dah cuba ikut resepi ni, mmg senang. Dah banyak kali jugak buat. Baru kesempatan nak bergambar. Oh ye donut atas tu adik undergrad yang tolong buat masa kenduri tempohari. Mekasih ye Ijie. Haziq paling minat makan donut. Dia sorang pun boleh habis 4 ketul. huhu.. Resepi dr pn suria, terima kasih ye. Oh ye ikut resepi air tu 200ml tp mcm lembik sikit, sebab tepung ke tak pasti lak. saya kurangkan sukatan untuk air.

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
Bahan B
  • 200ml air suam * saya kurangkan air 170ml
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.f
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

No comments: