Monday, May 24, 2010

Mesyuarat PIBG dan lawatan kelas

Kisah 2 minggu lepas. Baru ada masa nak masuk gambar. Yochien budak ni adakan mesyuarat PIBG dan lawatan ke kelas anak2. Ini kelas Haziq, Haziq duk depan sekali sebab nama dia bermula dengan 'a'. Happy je bila nampak mama dan papa datang.
Haziq faham apa sensei cakap, tapi tak reti nak bercakap lagi. Seronok tengok dia kat sekolah. Haziq yang paling muda dalam kelas ni, sebab dia lahir hujung tahun (bulan 3). Sekolah Jepun sini start sekolah April. Tak sebulan lagi dia sekolah masa ni.
Ini lak kelas Batrisya. Tiap kelas kat sini mesti ada piano, sensei sekolah ni semua pandai main alat muzik. Masa ni sensei ajar mewarna. Batrisya nampak agak pemalu kat sekolah, tak macam Haziq yang hyper semacam. huhu..
Tahun ni Batrisya tukar sensei. Kali ni Yoko sensei lak jadi guru kelas. Sensei Jepun ni memang baik dan lemah lembut je. Patut la budak2 suka pegi sekolah. Kami rakam jugak aktiviti budak2 ni untuk kenang2an nanti.
Haqem pun ikut ke sekolah. Dah pandai hisap jari sekarang. oh ye! hari ini dengan rasminya Haziq dijangkiti chicken pox. huhu...genap la satu rumah dah habis dijangkiti. Cian Haqem, tapi Alhamdulillah masa Batrisya dan Haziq kene takde masalah pun. Demam tidak, main macam biasa, cuma 2 malam pertama nak tido je gatal2. Harap Haqem pun oklah. Nampak 2 hari je yang teruk, hari ke-3 dah kering. cepat pulak kat sini, mungkin makan antibiotik. Haqem ni baru nak bawak gi klinik.
Ibu bapa yang datang untuk mesyuarat. Simple je kan, duk kat bawah je. hehe.. Mesyuarat pun dalam sejam je. Mama tak dengar la duk kat luar ngan Haqem. Papa je dengar pastu papa jadi translator mama.
Yang duduk kat kerusi tu ajk PIBG dan guru besar, undi utk ajk baru lak kali ni. Lepas tu cerita tentang aktiviti2 sekolah yang bakal dibuat. Kertas mesyuarat pun ada diberi. Tahun lepas punya meeting tak datang pun, tahun ni sensei soh datang sebab anak 2 orang sekolah.
Lepas mesyuarat, ibu bapa kene lunch dengan anak2. Masing2 bawak bento sendiri, pihak sekolah ada sediakan bento juga, kami mmg tak amik la. Gambar Haziq je ada, mama kene pegang Haqem sebab papa gi solat Jumaat. Haritu balik awal jam 1, budak2 balik sekali dengan ibu bapa.
Lukisan kelas Batrisya. Mana satu lukisan dia ni ek? kui kui..
Ok meeting dah habis. jom balik!

2 comments:

Kamalia said...

salam kak...wah bestnye..lastweek pun kat yochuieb amni ade buat PTA ni..tp kami xpegi pun..igtkn ade meetg biase je..bl tgk n3 akak ni, barula sy tau ade progrm ngn ank2 skali ye...huhuhu..sian AMni..xpe,nexyear kami pegila kot..lagipun la ni babah die mmg bz tahap gaban..boring je duk umah..rs nak jd otromen(xtau nape pilih otromen..)..cntik uniform skolah diorg ek..amni nye biase2 jek..:)

Asmara said...

Kamalia, kami ni pun kalo sensei x paksa mmg x gi gak. hihi.. tp sebb nak tengok sek ajar apa tu yg pegi. x pe kamalia, layan anak2 pun ok sambil layan tenet. hehe..