Sunday, May 16, 2010

Marble Cheese Cake

Ulangtahun haritu tak sempat nak masak2 special. Sempat buat kek ni je. Nak makan luar pun x boleh keluar lagi, budak2 ni masih kene kuarantin. Takut nanti satu kampung ni kene. hehe..
Buat kek yang simple dan sedap ni. Resepi dari sini. Tima kasih. :)

Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur
  • Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Cara-cara
    1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
    2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
    3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati.
      Masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
    4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
    5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong.

    2 comments:

    yan said...

    sedap pulak aku tngk kek ko ni as.. nnt aku cuba lah yer... kek2 cheese2 ni aku suka buat

    Asmara said...

    mmg sedap yan. kek ni kery suka sebb cheese cmapur kek. xde la muak sangat. sng lak tu. hehe..