Thursday, May 27, 2010

Balik sekolah..

Ini sekolah Haziq. Gambar2 ni amik masa nak cuti golden week tempohari. Biasa papa yang ambil budak2 balik sekolah. Haritu mama ikut sekali sebab nak gi jalan2.
Baik pulak kali ni sensei tolong pakaikan kasut. Biasanya Haziq akan pakai sendiri lepas tu kasut sekolah dia sendiri letak kat rak kasut yang ada tulis nama Haziq. Pandai Haziq, sejak sekolah ni dia memang dah pandai berdikari.
Belakang tu sekolah Batrisya. Jauh jugak jarak kelas budak2 ni. Batrisya duduk kelas atas. Tiap hari jumaat sensei bagi bawak balik buku untuk baca kat rumah masa cuti. Semua barang kasut sekolah, berus gigi, towel, cawan, baju dalam kelas, baju sukan, pun kene bawak balik untuk dibasuh dan dibawa kembali pada hari Isnin.
Taman permainan di sekolah. Sekolah sini tiap2 pagi budak2 akan main dulu kat luar untuk bagi diorang rasa fresh bila masuk kelas.
Kalau datang lambat tak dapat la main, walaupun masuk jam 9 pagi tapi biasa 9.15 baru budak2 masuk kelas. Masa summer budak2 seronok la dapat main kat luar.
Bulan Jun ni start swimming class. Baju renang Batrisya tahun lepas dah tak muat, kene beli baru gak ni.
Budak2 sekolah ni banyak yang balik naik bas. Bas akan hantar sampai rumah, sensei ikut sekali dalam bas, sebab yang balik ni budak2 kecik dari umur 3-6 tahun. Tapi ramai jugak ibu2 yang jemput dan ambil anak2 dari sekolah. Mama je tak dapat nak ambil, kebetulan sekolah papa dekat sebelah ni je, waktu balik tengahari tu terus la bawak budak2 ni balik.
Oh ye sensei Haziq pernah datang rumah, hehe.. dia boleh tertinggal beg sekolah masa tu. Boleh pulak kami tak perasan. Kene pulang jugak sebab ada bekas bentou dalam tu nak kene basuh. Oh masa lepas mesyuarat haritu la. Dah sibuk2 tak perasan beg dia tertinggal. hihi..

Bangunan belakang gambar panda tu sekolah untuk budak paling kecik. Kalau tak, Haziq duk kelas ni la untuk budak baya dia yg lahir 2007. Tapi dia kene masuk kelas budak umur 4 tahun lak. Ikut je la Jepun punya kalender.

Lagi satu cerita, tadi semua budak2 dapat surat dari sekolah. Sekarang semua kene jaga2, virus chicken pox dah melanda sekolah pulak. ahahaha.. adakah virus itu datangnya dari Haziq dan Batrisya? Tapi sebelum budak2 ni pegi sekolah haritu, dah dapat surat doktor mengatakan diorang dah boleh ke sekolah. hehe.. entah la ye. Budak kelas Haziq plak tu yang kene. Dan juga sorang budak m'sia yg dah terjangkit dari Haqem. hihi... sian kakak ijie. Kene kuarantin jugak dia. Mama sorang kene tolong sebab x kasi adik2 lain datang. Orang ke-5 yang mama jaga sekarang. Adakah mama akan terus kebal dengan virus ni? wah.. dah sebulan mama dikelilingi virus ni. Haqem cepatlah baik.. dah tak ensem anak mama nih. huhu...

2 comments:

my balqis said...

kak as, sekolah kat jepun ni mmg bestkan, tp nape haziq masuk sekolah, bukan patutnye msk hoikuen ke?? klu kt cni 6taun br msk skolah rsnye...haqem pon dah berjangkit ke?? aiyoo mmg merebak dgn jayanyala virus cikenpox, apepun semoga cepat sembuh, cian lak kt haqem baby lg dah kene :(

en_me said...

bapak haqem masih hensem kannns.. ekeke