Wednesday, April 14, 2010

Okonomiyaki

Jom breakfast dengan okonomiyaki. Lempeng jepun paling senang. Kalau tak guna tepung dia pun boleh, guna tepung gandum biasa pun sedap. yang penting ada sos okonomiyaki, fish flake dan mayonis. nyum2!

Bahan-bahan,
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 biji telor
Kobis (dihiris nipis)
sosej, crab stick, udang, ayam (optional)
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam

Cara-cara,
- Campurkan tepung, telor, susu, air dan kobis, kacau sebati
- Gunakan non stick pan.
- Tuang satu senduk ke dalam kuali, susun bahan2 lain.
- Terbalikkan seperti membuat lempeng hingga masak.
- Taburkan fish flake, sos okonomiyaki dan mayonis.
- Sedia untuk dimakan.

3 comments:

Don & Nor said...

skali tgk macam waffle plak ek. tgk ramuannya pun dah tau mmg sedappp...lagi plak chef dr m'sia yg masak..kompom nyum2...

Unknown said...

em...cam sedap jek...nak sikit leh...neway nice blog lah...already follow u...

Asmara said...

Nor, hehe.. sng je tu boleh buat sendiri. Tapi kalo guna tepung dia lagi sedap tau!

Putr Aizat, boleh2.. hehe.. buat sendiri lagi best!