Selepas habis pusing satu dunia kat Tobu World Square tu, kami naik ke atas sikit nak tengok tasik Chuzenji di Nikko National Park. Cuaca sangatlah menggerunkan.. Muzium pun tutup, amik gambar depan signboard jela.. itupun secara laju2. Tak 5 minit pun keluar kereta.
Perjalanan nak naik ke atas, waktu ni tiba2 snow turun dengan lebat termasuk angin kuat.
Kowaiii (takut) ooh... tapi redah je la. Kat bawah tadi cuaca elok, naik atas kemain lebat saljinya. Kat sini sesuai datang masa summer, macam2 aktiviti ada kat tasik atas tu. Air terjun pun ada.
Dalam kereta je tak boleh nak keluar sebab terlalu sejuk. huhu.. InsyaAllah ada rezeki dtg balik masa summer nanti. :) Dari tempat kami lebih kurang 3 jam perjalanan.
Turun balik kami terus check in kat sini. Ok lah dapat 4 katil untuk kami 6 orang ni. hehe..
1 comment:
Salam.. As ingat tak berapa harga hotel awak sewa kat nikko ni
Post a Comment