Friday, April 30, 2010

Muffin pertama!

Muffin pertama yang cuba dibuat. hihi.. oklah menjadi jugak. tp sebab cup tu besar kot, isi tak penuh sangat. Lagi satu buat ni bersama Batrisya, kemain kuat pulak dia kacau bancuhan tu. huhu.. mcm ada keras sikit. Tapi habis jugak. Hubby pun dah boleh makan, sebab letak sebij je telor. Alhamdulillah nmpak dah bertambah baik dan sihat sikit. Tapi masih dalam proses kuarantin lg, anak2 so far belum ada tanda2 lg nih. Mintak2 dijauhi.. Amin..

Muffin coklat campur cheese. Ikut resepi kat sini. Tq kat allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200’C.
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

6 comments:

yan said...

As, ko ni ada je masa nak buat bake2 ni yer.. aku ni ha payah sikit, tunggu week end jer,, tapi ni duk mengidam swiss role lah pulak...ingat nak buat gak week end ni hehehe

klu nak betul2 kuarantin, make sure keruping kery tu habis tanggal n sampai tinggal parut betul (dlam 3 mgg cam tu) ha baru leh manja2 dengan anak2 balik, heheheh

Don & Nor said...

baguih gak kan x blh nak beli kat kedai..mcm2 as pandai wat skrg..jelesnyeee...
mcm nor ni kira oklah...senang gak nak beli kek2 bagai nii...tu yg x penah lg mencuba..huhu..akibatnyaa...smpi kesudahler beli jee...hihi

Don & Nor said...

baguih gak kan x blh nak beli kat kedai..mcm2 as pandai wat skrg..jelesnyeee...
mcm nor ni kira oklah...senang gak nak beli kek2 bagai nii...tu yg x penah lg mencuba..huhu..akibatnyaa...smpi kesudahler beli jee...hihi

ijan said...

Salam As,
Baru baca pasal hubby As kena chicken pox tue.. adusss macam teringat ringat lak kite kena 4 tahun lepas je. memang geram bila dah tua2 baru nk kena.. hehe

hopefully hubby As cepat sembuh...dan hopefully anak2 tak terjangkit sama..

Bytheway, mikael dah sihat dari flu... lega betul rasanya :)

Asmara said...

Yan, yg senang2 boleh la yan. swiss roe tu mcm best jek. hehe.. tp xde loyang leper aa..
tu aa yan, kery kuarantin lg nih.

Nor, hihi.. sbb nak mkn tu yg buat. nak beli kt sini x jmpa lg boleh mkn. huhu..

Ijan, tu la dah tua boleh la jaga diri sendiri. harap x kene la bdk2 nih. huhu..

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.