Wednesday, April 28, 2010

Chicken Pox

Waduh.. risaunya sekarang. Hubby kene chicken pox, dah 3 hari dah ni. Mula2 demam, ingat demam biasa je, tp sampai 3 hari tak baik. Tapi gagah jugak pegi shopping Sabtu lepas, balik je terus tido esoknya bangun pagi tengok muka dah bengkak pastu ada kuar bintik2 merah. Adus.. sah2 la kene demam campak. ingat campak biasa tapi bila ada air tu dah sah la chicken pox, huhu..

Alahai cik abang ni masa kecik tak kene dah tua dah baru nak kene, huhu.. tapi sekarang ni paling risau menjangkit kat anak2. Orang kata kalo dah serumah tu confirm kene la. hwaa.. nak membela budak2 sakit ni, paling kesian kat Haqem la baru la umur 3 bulan. Mama dah kene dulu masa sekolah, memang satu rumah adik beradik kene. Tak tau le imun lagi ke tak. ada jugak orang yg kene 2 kali seumur hidup. Hubby cakap biar la budak2 ni kene masa kecik, nanti dah besar lagi susah. Budak2 antibodi masih kuat, akan keluar habis, tak banyak dan cepat baik, kata doktor sini la. Tadi hubby dah jumpa doktor kali ke 2 untuk susulan, doktor tanya budak2 dah kene belum. So far mmg takde tanda lagi ni. Doktor kata tunggu lagi 2 minggu tengok macamana. hwa... 2 minggu lagi nak tunggu nih. Minggu depan golden week (cuti panjang kat jepun), baru plan nak jalan2, kawan2 pun ramai yg nak datang. Sian kat diorg terpaksa la cancel kot nak ke sini tengok matsuri(pesta).

Sekarang ni hubby kuarantin duk satu bilik je, tapi sama jugak toilet satu je, rumah kat jepun ni dah le kecik, lalu lalang tempat yang sama jugak. Baju, tilam semua asing dah. Kalo ikut petua orang tua minum air kelapa pastu mandi guna daun semambu. huhu.. sini mana nak cari semua tu. Air kelapa tin ada la tp tu pun nak kene order online, baru je order ayam minggu lepas xkan la nak order air tin satu je kot. Cakap kat hubby makan je la ubat doktor tu. Krim pun mama kene sapukan. huhu..Tak tau la jangkit dari siapa ni, maybe masa demam haritu pastu jalan2 tempat orang ramai, ada virus yg melekat, masa demam antibodi tak kuat tu yang kene agaknya.

Hwaa.. mama risau sangat kat anak2 ni. Tahan ke tak nak menjaga time diorang sakit, mesti macam2 ragam. Haqem mesti nangis je tu. Nak harap orang tak boleh jugak, lagipun xde orang kat sini, adik2 sini semua dah sibuk sekolah. kang jangkit pulak kat diorang. Nasib baik jugaklah pagi budak 2 orang ni sekolah, tp petang dah ada kat rumah. Masak pun semua rebus2 je ni, mak pesan tak boleh goreng2 makan minyak, huhu.. makan pun kene pantang banyak. Boleh diet la camni. Hubby pun xde selera nak makan, sian die..

Survey2 internet jumpa plak petua chicken pox atau cacar air atau cengkering nih. cnp la dari forum web.

Petua (1):
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam.
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka.

Petua (2):
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

Petua (3):
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Merawat demam campak:
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan.
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering.

Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

huhu.. semua benda kat atas tu takde, kecuali kentang la untuk hilangkan parut. Kat muka plak tu yang banyak, kat kaki kurang sikit. Semoga hubby cepat sembuh dan tabahkan hati mama kalau anak2 berjangkit nanti. Amin..

5 comments:

Kamalia said...

ala kak..siannya hubby akak..ishkk..kot sy pun takut gak kot jgkit kat ank2..mesti diorg meragam nnt..rasanya mcm gatal2 jugakkn..ntahla,sy pun dah xigt cmne dah..tapi itula kan kak, rumah jepun ni kecik..kot nak asing tggl pun, xbole kn..sy harap ank2 akak xbrjgkitla ye..akak kn kuat n tabah tau utk ank2 n hubby..:)

yan said...

kuatkn semgt ko as.. mmg susah klu kita duk jauh ni mengharap satu sama lain jer membantu klu anak2 sakit.. mcm patah sayap sebelahkn... insya allah klu anak2 kena, selalunya lepas orang pertama yg kena tu sembuh, pas tu baru menyusul orng ke2, n after a week orng ke3..

Don & Nor said...

mmg kena byk sabo tu as. sedangkan ms diri sendiri kena tau betapa x laratnya...apatah lg klu nak jaga ramai yg kena. mudah2an taklah berjangkit kebebudak tu. tunggu balik m'sialah klu nak kena pun. hihi..blh gitu?
klu kat m'sia tu at least senang nak berubat, ramai yg blh tlg, ni jauh2 duk, semua kena hadapi sendiri.smoga husband cpt sembuh.

Asmara said...

Kamalia, thanks. nak wat camne kalau anak2 kene tabah je la ni. :)

Yan,tq, harap2 mcm tu la, ni nampak dah kering, anak2 pun lom ada tanda2 lagi. kalau kene minggu depan kery dah boleh tlg jaga jugak.

Nor,huhu.. mmg harap sangat macam tu, kalau boleh biarlah kene kat mesia, ada org tlg tengokkan. doa2 la semua selamat nih. Thanks ye Nor. :)

payazal said...

tu kecik kecik tak nak kena.. ye ke x pernah kena>>