Monday, March 8, 2010

Tart Telor

Kali ni cubaan membuat tart telor pulak. Cabaran dari diela yg buat untuk kenduri rumah mak tempohari. Tak aci diorang guna pastri sedia ada, kami buat base sendiri. Oh ye ni adik yang buat, act. ni kali kedua, yg first tu saya buat untuk testing. :)

Memang menjadi cuma base dia tebal sikit, apa2 pun mmg sedap! Resepi dari linda myr. TQ share resepi. :)

Bahan-bahan
  • bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
  • bahan utk filling : 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence
Cara-cara
  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. *Cara bakar saya bakar dulu crust dia selama 20 minit, lepas tu baru masukkan filling dan bakar semula 20 minit suhu 180C.

No comments: