Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri buat semua..

Tiap kali menjelang raya, menu yg wajib ada ketupat, rendang daging, ayam bakar/kicap/madu/merah, sambal kacang, sambal sotong, kuah lodeh, hati goreng. Bestnya dapat raya kat kg. Rindu suasana hari raya. Lepas semayang raya, makan beramai-ramai, lepas tu bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga yang ada dan bagi duit raya. Anak2, adik2 dan anak2 saudara paling gembira dapat kumpul dan main bersama2.

Nampaknya tahun ni kami x dpt raya bersama ahli keluarga yang lain, kali ke 3 beraya di perantauan. Kali ke-7 beraya bersama keluarga sendiri, dari berdua jadi bertiga dan jadi berempat.

Esok kami akan berangkat ke Tokyo, beraya kat sana. Mungkin 3/4 hari x online, sedihnya x dapat nak online dengan family kat rumah..

Tahun ni sangat bertuah bagi muslim yang berada di Jepun. Kebetulan Jepun cuti umum dari 21-23 Sept ni. Kebanyakan yang bekerja mmg ambil kesempatan untuk pulang ke Mesia berhari raya. Rasanya lebih separuh orang mesia yg berada di Jepun dah balik Mesia termasuk orang Indonesia pun balik ke Indonesia, student pun kebetulan tengah cuti semester. Jadi raya tahun ni kuranglah orang2 mesia yang tinggal.

Jepun cuti apa ye? Negara Jepun x ada cuti raya x kira la raya apa, jadik cuti umum pada 21hb ni diambil sempena hari Respek kat orang2 tua (Respect for the Aged Day). hehe.. asal boleh je. Act. cuti umum ini pada setiap hari Isnin yang ketiga dalam bulan September. 23hb pulak cuti bersempena Autumnal Equinox, perubahan musim la kiranya. Kalo kat Europe rasanya kene lambatkan jam SEJAM. Nanti bulan Mac kene cepatkan balik jam sejam. sape2 duk europe tau la kot. ai dah lupa la.. 22hb tu cuti FREE.. hehe.. sebab in between cuti umum so satu hari tu mmg diberi cuti free. Oh ye ni sensei yang beritau sebab selasa depan xde class! dapatlah jalan lama sikit kat bandaraya Tokyo tu. hihi..

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada sesiapa samaada yang mengenali atau tidak dan yg membaca/terbaca blog saya ini. Semoga Syawal tahun ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah..

2 comments:

Idayu said...

selamat hari raya, maaf zahir batin!

Asmara said...

selamat hari raya kak Ayu, jemput dtg rumah kat sini. :)