Alhamdulillah tahun ni kami dapat beraya bersama rakyat malaysia lain yg berada di Jepun. Kami tiba di Kedutaan jam 8 pagi, bekejar untuk byr zakat fitrah. Tempat kitaorg xde masjid dan kebetulan kaunter zakat ada dibuka di sini. Ikut perancangan nak bayar di Malaysia secara online dalam kadar tukaran RM230 (6000 yen 4 org), tapi x sempat nak dpt TAC number, jadi niat terus byr di sini saja. Kadar zakat di sini 1500 yen seorang.
Bergambar di stesyen keretapi bersama kak Firdaus dari Iwate, kami datang ke embassy bersama2 naik train dan teksi. :)
Dapat juga bergambar sekeluarga, Batrisya xde mood pepagi, susahnyer nak dapat gambar sefamily yg betul2 cun. hihi.. Taun ni baju raya x seragam. Batrisya pakai baju yang dikirim oleh tok wan.
Bersama Juwita, Myra dan Adznin. Semua cuti tanpa gaji ikut husband. oh ye semua husband kitaorg satu tmpt keje. Myra mmg buat kejutan, x sangka dia pun beraya kat sini gak, jauh tu dari Gifu, lepas pengumuman raya terus naik Shinkansen ke sini. Mmg kasi terperanjat kitaorg je.
Akhirnya dapat juga jumpa kak Nor yang cantik nih. Gambar x clear plak. Kak Nor dan husband pun sangat peramah orangnya. Seronok beraya di sini dapat jumpa ramai kenalan baru.
Haziq suka plak main ngan baby nih. Anaf kot namanya.
Suasana ketika jamuan.
Beratur menunggu giliran. Lepas Zohor kami beramai2 menyerbu rumah2 di kedutaan yang buat open house. Alhamdulillah kenyang jugak seharian makan. Terasa juga suasana hari raya di sini. Seronok berjumpa ramai orang, InsyaAllah taun depan ada rezeki raya kat sini lagi, tak pun raya kat Mesia atau tak pun raya kat kg Yonezawa aje lah. :)
On the way balik ke tempat penginapan, ada matsuri (pesta) sempena memperingati org2 tua. Amik la gambar sikit. Gambar lain x clear, ini pun cepat2 sebab dah letih dah. Balik lepak dan tidur..
4 comments:
Ramainye... meriah betul tengok :)
salam...saya syazwani pelajar UTm di malaysia...saya joint program di sini nak ke jepun, tokyo..boleh tak saye nak dapatkan information daripada akak tentang tokyo..sebab saya kena cari contact drpd tokyo..boleh x saya dapat kan email akak??ni email saya....wanie_orange910620@yahoo.com
salam...saya mimi pelajar UMP, pahang malaysia...saya join program untuk ke jepun, tokyo..boleh tak saye nak dapatkan info tentang tokyo..sebab sy perlukan contact person orang yang berada di jepun.boleh x saya dapat kan email akak? ini email saya: mieaz_91@ymail.com
pembetulan emel sy (mimi) : mieaz_91@ymail.com terima kasih :)
Post a Comment