Thursday, August 27, 2009

Murtabak Segera

Teringin nak makan murtabak la pulak nih. Kalo pegi pasar ramadhan mmg selalu beli murtabak, kat sini buat sendiri je la ek. Pertama kali cuba buat murtabak nih. hehe..Resepi dari myr minami133. Tima kasih sudi share resepi yg senang bangat nih.

Sebab waktu buka nak hampir sangat tadi, kene masak cepat2 sampai hangus2 hujungnya. x sedar makin hari makin awal buka posenya. Makan dengan kari ayam, hari ni kene buat kari ayam sebab esok sekolah Batrisya ada pesta curry, so semua budak kene bawak curry. Hari ni la kene masak kalo esok confirm x sempat. hehe..

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

2 comments:

NorNaza said...

Sedapnyer murtabak ni!! Betul kata asmara ye senang bangat nak buatnyer..dah duk jauh tercampak ni macam2 pandai mereka menu ye..

Asmara said...

Kak Nor, betul tu, kalau x cuba x tau senangnya masak nih. hehe..