Puasa kedua hari ni kitaorang beramai2 berbuka di kaikan (International House). Berapa kerat je yang ada. Act. kali ni jamuan disediakan oleh Dhani warga Indonesia. Malangnya gambar x dpt nak amik. Sibuk2 nak makan lupa je.. hehe.. Dhani masak masakan indonesia, tp lebih kurang masakan mesia jugak. Makan nasi, soto ayam, macaroni, dan beberapa jenih kuih muih. Ai buat jugaklah kuih popiah goreng yg senang itu..
Hari ni dapat jugaklah terawih beramai2, dah 2 hari terawih berdua je. Sib baik budak 2 orang tak buat perangai, kat rumah boleh la bukak katun utk Haziq, Batrisya pandai dah ikut solat mmg x kacau, cuma Haziq je tadi kejap kat mama kejap kat papa. Harap2 dapat la selalu beramai2 mcm ni.
Tadi yang ada dalam 16 orang warga muslim. Budak2 mesia lain semua dah balik. tinggal 5 orang undergrad, 5 warga Indonesia yang bekerja di sini dan kakak Dhani sefamily datang dari Nagaoka. Itupun masa raya hanya tinggal kitaorg dan 2 undergrad yg x balik. Bapak2 dan ibu2 pun balik Indonesia. Kebetulan masa raya nanti Jepun pun cuti, mmg kesempatan untuk pulang beraya la nih.
Waduh tiba2 hati ni rasa nak balik jugak plak. tapi memandangkan x berapa bulan je duk sini, rindu pun xde lagi. hehe.. hari2 dok ngadap rumah mak nampak je aktiviti kat rumah tu, rasa mcm xde feel plak nak balik. ekeke.. Uish rindu tetap ada nak tengok yg real, lg2 bulan pose nih. Jeles sungguh tengok kat rumah mak tu penuh orang time buka, masak ramai2, lauk pun macam2. Cuti sekolah lg la best, kasik ai jeles jer asyik le tunjuk makanan diaorg kat sana tu. Isk2.. sabo je la korang tu. Tapi xpe kitaorg berbuka dulu kat sini, korang telan air liur aje ek.. hihihi..
Eh apa la merepek tengah malam nih, sambil nak tunggu waktu sahur jap gi tetiba rajin nak menaip plak nih. Sekarang Subuh kul 3:28, mmg kene sahur kul 3 kalo x takut terbabas subuhnya. huhu.. Sib baik maghrib makin hari makin awal, esok kul 6:23. lalalala... syoknyer buka awal. Taun ni berazam nak terawih penuh, InsyaAllah doakan ia menjadi kenyataan. Amin..
2 comments:
Ooo kat sana pun ramai la yg balik raye ye..huhu..asmara tak gi embassy?kak nor plan nak gi..jom la pegi
Kak Nor, ada plan gak nak raya kat sana nih. hehe.. InsyaAllah dlm pertimbangan lg nih.
Post a Comment