Friday, July 3, 2009

Nasi Kerabu Perantau

First time buat nasi kerabu nih. Nasiknya warna kuning bukan biru, guna serbuk kunyit sikit je sebab pewarna kuning xde. Ikut resepi k yani dari myr. Telor masin plak dah abis masa buat nih. Memang sedap terutama sambal tumis tu dan senang jugak nak buatnya. Daging salai, solok lada, sambal belacan dan budu xde, tp mmg x makan budu pun. eh dah nama nasi kerabu perantau ek bnyk plak bahan xde. hihi.. Tapi yang ini pun dah cukup rasa nasi kerabunya.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • @@ Nasi @@
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)
  • @@ Sambal Tumis @@
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka
  • @@ Sambal ikan @@
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • @@ Kerabu @@
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  • @@ Bahan lain- optional @@
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan
Cara-cara
  1. ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
  5. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  6. ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  8. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  13. @@ Kerabu @@
  14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  15. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

No comments: