Friday, July 24, 2009

Gerhana Matahari

Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam (22/7/09) dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. � AP - Sedikit petikan dari BH tarikh 23/7/09.

*Rugi pulak x dapat tengok gerhana tersebut. Masa tu kitaorang ada dalam bangunan kerajaan tengah buat urusan rasmi. So mmg x sempat nak tengok luar. Tapi Batrisya dapat tengok, balik sekolah terus dia cerita tengok bulan dan matahari jadik gelap, sekolah bagi pakai cermin mata khas. Tengok kat tv ngan tenet je la gambar2nya. :)

2 comments:

yan said...

aku penah tngk masa sek rendah dulu....

Asmara said...

aku pun ingat2 lupa la yan. hihi..