Tuesday, July 7, 2009

Bakso

Sekian lama nak cuba buat meatball akhirnya menjadi jugak. hihi... senang buat bakso nih. Lepas ni boleh buat speghetti meatball plak. Ikutkan bakso ni makanan orang Indonesia, tp mcm lebih kurang mee sup jugaklah. Ikut resepi che'iza dari myr. Seharian makan bakso je, kebetulan baru beli kicap ABC indon tu, manis dan pekat kicapnya, boleh la lepas ni ganti kicap kipas udang yg dah habis stok kat rumah ni. Sayur tambah carrot, sawi, daun bawang dan telor.

Bahan-bahan ( 7-8 org )
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap. kicap yang sering diguna kicap ABC.

2 comments:

Unknown said...

wah!! As dah pandai buat bakso. Cayalah!!

As said...

hihi.. kak yus senang je buatnya x sejam pun. hehe..