Wednesday, May 14, 2014

Happy 11th Anniversary!!

Teluk intan - 04.05.2014
Untuk kami berdua. Alhamdulillah masuk tahun ke 11 sudah. 14.05.2003 - 14.05.2014. Semoga terus mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Doakan ianya terus berkekalan hingga ke Syurga dan terus dirahmati dan diredhai Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin... :-)


Monday, May 12, 2014

Emak tersayang..

Kami seluruh ahli keluarga mendoakan emak dan emak mertua (gambar bawah) dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki selalu, sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin..
Mak mertua dan anak2 di Taman Negara Pahang 2013
Usia mak dan mak mertua sama. Lahir tahun 1951 sekarang umur 63 tahun. Alhamdulillah dua2 masih sihat walafiat dan masih boleh berjalan ke sana-sini lagi. 
Gambar dalam satu folder, sejak balik ni jarang gambar berdua, yang ada masa birthday mak dgn raya je. tapi folder gambar tak tau mana. Untuk kenang2an bersama emak tersayang.

Anak2 pun ada buatkan kad untuk mama semalam, tapi tak sempat ambil gambar. Busy betul semalam banyak aktiviti. Semoga ibu2 di luar sana turut mendapat kasih sayang yang terbaik dari anak-anaknya. Sama-sama kita memperingati ibu kita tak kira dimana kita berada dan bila-bila masa. Sayang emak2 saya. :D

Wednesday, May 7, 2014

Homestay tepi sawah

Cerita minggu lepas, pergi kenduri kahwin sepupu kat Teluk Intan. Kami dan family husband menginap di homestay ni. Best weih rumah tepi sawah. Ni area Sungai Besar. Cantik tempatnya, tapi malam banyak unggas dan nyamuk. Maklum la tepi sawah.
Guna camera phone je. gambar tak cantik. 
Mama tak ambil gambar banyak pun. Sikit-sikit je. Dslr lama dah tak berfungsi. Malas nak bawak berat. hehe.. Aktiviti malam kami ber bbq kat bawah rumah tu.
Waktu pagi. 
 InsyaAllah akan menginap lagi di sini. Adik ipar kahwin dengan orang sini bulan depan. :D
Haziq baru bangun tido. 
Hari balik tu hujan lebat pulak. tak dapat nak ambil gambar tepi2 sawah. Budak2 suka la tengok sawah. Haqem kata pokok nasi. hehe..

Gambar  sekeluarga depan surau lama. :)

Monday, May 5, 2014

Binatang Peliharaan

Ini binatang peliharaan anak saudara. Kura-kura pun boleh jadi binatang peliharaan. Comel! tapi saya geli. hihi.. Cute kecik je kan. Makanannya pun ada sekali senang. Tapi tak tahu la boleh membesar banyak mana. :D
Nama kura-kura ni Kiki dan Mimi 
Budak2 ni teringin nak bela tapi saya tak mau la. hehe.. Batrisya ngan Haziq nak hamster tapi memang tak la saya nak beli. geliiii sesangat. nak dekat pun tak nak. hehe..
Haqem dan Zarif tumpang interframe. 
Tuan punya kura-kura tu Alia yang duk tengah. Ibu dia kata beli 2 ekor sekali bekas dan makanan dalam RM50. Oklah boleh buat main2 je. air dia letak sikit je. Selalu kene tukar air sebab makanan dia kalau tak habis akan mengotorkan airnya.
Kiki dan Mimi 
Pasangan kura-kura yang boring duduk dalam bekas ni. Ada penutup sekali bila ditinggalkna kene tutup bekas ni supaya kura-kura tak lari. Tuannya je kenal yang mana Kiki dan Mimi. :D

Tuesday, April 29, 2014

Borong buku di Big Bad Wolf

Memborong buku di Big Bad Wolf. Papa memang obses dengan buku. Pantang nampak buku harus beli. Mak mertua cakap dari kecik dia memang ulat buku. hehe.. sampai ke besar beranak-pinak ni ke mana2 harus dia bawak buku. Kadang bukan baca pun, tapi dah memang hobi dia minat dengan buku. Sesuai la dengan pekerjaan dia sekarang. :D
antara yang sempat diborong
Banyak story book. Budak2 memang suka la dapat buku banyak2. Tapi buku omputih ni lambat le nak habiskan baca. hehe.. Kalau novel bahasa Jepun harus la Batrisya dah khatam. Tapi ada jugak beli buku cross stitch dan quilting. Anak daraku dah berangan nak belajar jahit2 dan sulam2 ni. :D
Haqem peace memanjang..
Budak yang paling happy bila papa belikan buku untuk dia. Semua pun dia nak bukak padahal yang kat tangan pun tak habis baca lagi.

Kiri ni untuk Haqem banyak buku aktiviti.  Atas kanan tu siri Enid Blyton, uish ni zaman sekolah femes sangat kisah penyiasatan. Mama pun tak sabar nak baca. :D Bawah tu Haziq punya. Puzzle ball tu sangat mahal. huhu.. tak perasan pon masa bayar harga dia.

Antara yang menarik. Boleh agak kot berapa RM habis untuk buku. Papa kata setaun boleh tolak RM1000 untuk income tax, tak sampai setahun dah lebih dah jumlah tu. hihihi..

Thursday, April 24, 2014

Cover 3 beradik.


Ini gambar tahun lepas 2013. Gambar passport nak masuk sekolah. heheh.. Sekarang semua muka dah berubah. Nanti nak ambil gambar lain. Budak2 memang susah nak duduk diam ambil gambar. Simpan untuk kenangan. :D

Wednesday, April 23, 2014

Resepi Sambal Belimbing Hitam Pahang

Husband saya orang Temerloh Pahang. Balik kg selalu jumpa sambal hitam ni jual kat pekan sari (Pekan sehari/pasar tani/pasar malam). Mak mertua ada bagi belimbing hitam, ada orang kat kg tu jual yang dah siap memang sedap. Ini kene masak sendiri. Nasib baik agak senang. Saya ikut resepi cikmat ni senang kot.

Dah lama kot tak ambil gambar makanan. hehe.. ni ambil guna phone je whatsup kat adik saya yang suka makan sambal, kasi dia menjejes air liur hehe.. Nak masak lagi dan ambil gambar cantik2 ntah bila la. Kene tunggu weekend la baru boleh main masak2 yang best2. :D

Ini kerja orang malas, patut kene tumbuk, saya blend je, huhu.. hancur mmg tak berapa nak sedap. yang tumbuk tu sedap dan asli. Tapi boleh la bila dah makan dengan nasi panas mmg bertambah. hehe..
sambal belimbing hitam Pahang yang terlebih blend. 
Resepi Sambal Hitam Pahang
Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
  3. UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba!!..