Tuesday, March 20, 2012

Kek Ultraman Mebius

Untuk tidak menghampakan permintaan Haziq nak kek ultraman, mama buat jugaklah untuk dia. Haziq tersenyum lebar dapat kek ada gambar ultraman walau tak cantik mana. hehe..
Alhamdulillah nampak senang jugak, tapi konsentrasi tu terganggu bila 3 orang ni tolong menolong nak membuatnya. Nampak serabut tapi boleh diperkemaskan lagi kalau buat sorang2 ni. eceh..
Muka budak2 gembira tengok mama siap buat kek. Mula2 tanya nak ultraman apa, dia kata nak ultraman Zero tapi susah pulak nak melukisnya, takut nanti jadi macam kaiju (raksasa). hehe.. lepas tu terus plan buat Ultraman Mebius sebab nampak senang sikit.
Gambar kenangan di hari ulangtahun Haziq. Celebrate adik beradik je eh. :D
Potong kek dengan kakak, Haziq nak letak lilin, tp lilin ada satu je buat hiasan. Haziq wish nak tali pinggang Gokaiger salah satu lg cerita kegemaran dia.  Tapi takdelah mama nak beli, kita beli benda lain ye Haziq. Hadiah kek ultraman ni pun jadilah kan. hehe..
*Hari ni Jepun public holiday, ingat nak jalan2 kat luar, tapi tengok cuaca, seharian yuki turun. Sekarang pun tengah turun lagi, saja mama amik gambar pagi tadi tarikh 20 Mac 2012. Budak2 ni bangun pagi macam biasa, tak dapatlah mama nak bangun lewat jugak. haha..

29 comments:

me suya said...

da start cuti sekolah erk kak.. sanah helwah haziq..semoga jadi anak yg soleh dan musleh untuk mama dan ayah.. :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

bertuah haziq dpt mama yg rajin dan kretif gituew
dlm tue kek apa coklat ker k.as??

Liza said...

wahhh cantiknya kek ultraman tu...mst tidur lena haziq mlm td kan...hihihii
Hepi besday yer haziq, jd good boy tau...

kasihredha said...

sure haziq suke bila dpt kek itu kan...:)

masih tebal yuki nya ye

Cik TeN10 said...

wahh hebatnya mama haziq !! rajin sgt nk melukis atas kek tu.. kl fatin nk lukis otromen silap2 jd muka katak.. hahahh failed !!

uishh kt yamagata still trun salji eh ? kt sendai dh stop dh just mendung je.. kdg2 hujan.. tp still sejuk..

Diana @ bilakukatacinta said...

wahh..menjadi jugak rupa ultramen tu..Kalau kita..mesti jadi rupa raksasa.. Hehe..mengigil tgn nak guna piping tu

nur easy said...

happy birthday si comel.. alala bestnya tgk kek besar tu ;)

LydSunshine said...

Sebelum lukis kat kek tu, As berlatih tak lukis kat kertas byk2 kali? Hehehe. Tapi kira okay la sbb jadi le jugak. Kalau saya, saya lukis org lidi je. Heheh. Anak2 As ni pun dah macam muka jepun dah saya tgk.

Teratak Hami said...

Comel jer anak2 jepun ni ...
Happy Birthday to Haziq. Ada jugak kek hasiltangan mama.

Chik Att said...

wahhhhh jadi gak ultraman tu .... kalau CA lukis .... jadi apa yaaa

シャイマ said...

kawaiinye semua!
rambut semua pesen samaa je sekali tgk mcm kembar je hehe.

アヌムちゃん said...

aah rambut sepesen..heeee..comeiii..

yatie chomeyl said...

laa dh masuk haru pun yuki lagi ye kak As. anyway, lawa dah kek tu ;)

SURIA AMANDA said...

dah ghuper anak2 jepun dah semua..x de ghuper anak org malaysia ..hehehehe..happy belated birthday..

dayot said...

Haziq-kun, happy belated birthday!
Semoga diberi kesihatan yang baik, jadi anak soleh penawar hati mama & abah:)

Comelnya kek ultraman tu, kita kalau suruh lukis confirm jadi kaijyu;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat hari lahir haziq... moga menjadi anak yang soleh...

Boleh tempah tak kek ultraman ni... :)

Nabil pun mesti suka... InsyaAllah Nabil bulan mei nanti 5 tahun

Zurina Hj.Zainal said...

happy birthday haziq....mama, akak nak satu...princess...hehehehe..

Kamalia said...

Ok..harini dah nampak sebijik kek,smlam nmpk gambar ata dia je..cantik dah tu kak..betul,kalau ank2 takde mesti lagi cantikkan..siap nak belt lagi ye..;)

rosmina samin said...

Laaaa..cutenyer kek tu kak As... :) happy birthday adik haziq :)

Mamasya said...

Happy belated bday Haziq.wah mama buatkan kek ultraman....tentu Haziq sukakan.salji lebat lagi kat sana...sejuknya....

Amie said...

Seronoknya anak-anak As dengan kek yang dihasilkan tu walaupun banyak campurtangan... tapi dekonya tetap menarik As, sesuai untuk anak-anak...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam asmara..untungnya dapat mama yg pandai lukis ultraman..hihi
Mesti anak asrama bangga memotong kek.,hasil airtgn mamanya ni..

Juwita Jamaludin said...

As,, sugoi cantik sangat.. seronoknya haziq.. jadi rupa ultramannya.. hihihihihi.. as lukis pakai apa? yang warna warni tu piping jelly ke

MaryaYusof said...

As salam Asmara,

Happy Birthday lil'boy Haziq!

Anak kamu ni asmara dah mcm rupa Jepun dah... Comel2! Tang rambut tu yg mahal tu... Tak pyh dah nak guna teknik rebonding..hehehe...

Super jealous tgk kek tu... Knp semua org terror sgt buat kek ni... alahai... geram je tgk... gambar ultraman lak tu..:D

Nieza said...

cantikla kek tu..sure anak As bangga maknya pandai buat kek kan.samalah mcm kat sini juga As semlm ada turun snow lagi..ingatkan dah nk spring...sabar jer la.

ieda said...

alooor sweet kek .. bday anak akak sabtu nie .. dia nak jugak ultraman tuu tapi x dpt huuh
ingat nak yg audible image tuu tapi x der huhuhu ..

eppy bday dearrr HAZIQ moga jadi anak yg soleh ! .. cerdik pandai tau amninnnnnnnnnnnnnnn ;)

Nazayiena said...

Sukalah Haziq dpt kek Ultraman,pandai As buat....

Juliet_iRa~" said...

happy belated birtday haziq~

alaa comelnya mama buatkan kek ultraman..hee..untung haziq..:D

Ain SSB said...

Happy belated birthday Haziq! Aww comel je kek ultraman! The kids pon look happy sgt! :D