Alhamdulillah, diam2 tak diam Haqem dah menjejak umur 2 tahun. Sekejap betul masa tu berlalu, masih teringat saat mengandung dan melahirkan Haqem, 100% made in Japan! Haqem lahir pada 14 Januari 2010, jam 3:10 petang, secara pembedahan bertempat di Shiritsu Byoin Yonezawa. Waktu lahir papa kata salji lebat sangat kat luar waktu tu. Itu yg kulit dia cerah (ehehe.. ada kene mengena ke). InsyaAllah dan berkemungkinan ini yang last sebab mama dah 3x c-sect pada usia 30 tahun
(feeling nak stop dah dan faktor usia). InsyaAllah 3 orang pun dah memadai. Mudah2an anak2 mama terus membesar dengan sihat juga sempurna dan semoga terus menjadi insan yang soleh dan berguna di masa hadapan. Amin..
14hb haritu sempat la buat kek dan makan2 sikit. Mama buat kek Anpanman, antara karekter kesukaan Haqem. Selain tu sempat masak mee rebus dan kuih seri muka. Tak sempat nak masak banyak2, plan jemput orang pun pagi sabtu tu. Ingat nak celebrate family je, tapi alang2 tu jemput jiran2 terdekat je. Haqem takut pulak tengok kek rupa anpanman tu. hehe..
Tak banyak gambar, ada amik video, buat kenang2an mereka dah besar nanti. Haziq dan Batisya yang excited.
Usia 2 tahun perkembangan Haqem nampak sama seperti budak2 yang berusia sama dia, dah pandai macam2, A-Z dah hafal, 1-10, alif-ya, pandai main game, suka u-tube, angry bird, suka tolong mama di dapur, aktiviti hari2 dengan mama, tak jumpa budak lain kecuali kakak dan abangnya saja. Sangat manja dengan mama, masih bf (tapi campur formula milk kdg2). Cuma Haqem masih tak pandai cakap lagi, sebut2 perkataan dah boleh, susun ayat tak boleh lagi la. Agak lambat macam Haziq jugak, tapi Batrisya paling cepat cakap usia setahun 8 bulan dah lancar sangat. Ada beza kot laki dan perempuan. Tapi mama sentiasa berdoa Haqem terus sihat dan bijak pandai seperti namanya. :D
Kek Anpanman mama yang comot, 15 minit je hias ni sebab senang. ehehe..Guna resepi Strawberry Shortcake dari sensei memasak Jepun. Cuma tukar strawberry kepada peach. Terima kasih adik2 yg sudi datang dan auntie Zila yang bagi present yang best untuk Haqem!
*4 hari 3 malam tanpa papa start hari ni, gambate papa. Moga selamat perjalanan dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah..
22 comments:
Happy Belated Birthday Haqeem! :) Wahh , lahir dekat Jepun ye? Ngee
Happy bday haqeem. Kek tu nampak sangat sedap.
happy birthday haqem kun..semoga semua impian mama dan papa dimakbulkan olehNya..
besarnye buah peach tu..hehe
papa gi conference ke?
Happy belated birthday haqeem...dh besar dah anak term....comel sgt...nk geget pipi boleh??....:p
wah...ada kemungkinan jugak muka macam anak jepun..hikhik
happy besday haqem~~
Ontanjoubi omedetou haqeem kun
Sedap nyer Kek mama dia buat @_@
Happy Birthday to Haqem....100% made in Japan...patutla muka Haqem pun cam iras org Jepun dah...he he :)happy sakan dapat kek comel...
otanjoubi omedeto Haqem kun,
ii ko ni natte ne !!!
Happy tengok Haqem yang happy ngan present I....semoga sihat and membesar menjadi seorang yang bijak ye Haqem....
hepy bufday haqeem . comeinyer, da mcm anak org jepungggg..hihi..
kretip btol akak bt kek . nnt balik malaysia, bg merasa kt rakan2 PA eh..hihi
Happy belated birthday Haqeem. Hehe. :)
Happy birthday Haqem!!!!! Semoga membesar menjadi anak yg menyenangkan hati ibu bapa and berjaya dunia akhirat.
Kiranya Haqem ni sebaya anak akak yg bongsu la ye...
Happy belated birhday . TAhniah buat kek birthday anak sendiri.
happy belated birthday utk haqem.. amin.. inysyaAllah.. semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah.. :))
wahh.. 3x operate ye akak?.. kagum2
hepi besay haqem...cute besday cake mama buat :-))
hepi bfday haqem....comel sgt2 laaa..geram!
dah besa nti jd budak pndai n bbakti pada ibubapa ye :)
Happy belated birthday Haqem...semoga sihat selalu,mama buat kek birthday Haqem cutelah....
oh sebaya Mifz la nih...beza bulan...:)
Arigatou minna-san! Terima kasih semua atas doa dan ucapan. :D
happy belated birthday haqem.. ;) unik anpaman cake dia
Comelnya Haqem!
Omedetou & semoga diberikan kesihatan yang baik, membesar menjadi anak yang soleh:)
happy birthday haqem.. moga jadi anak yang soleh
Post a Comment