Thursday, July 30, 2009

Cheese Sponge Cake

Ini terlampau rajin 2 kali dah buat dalam masa 3 hari. Yang ini first time buat untuk rakan2 kelas nihonggo yg lagi satu. Sempena last class gak buat nih. Tak berapa nak naik, tp rasa sedap je. Classmate pun cakap oisyiii... hihi..
Ok yang ni petang tadi buat dengan budak2 mesia sini. Wah! hari ni meriah sungguh kat rumah. Budak2 ni dah habis exam, lepak kat sini main ngan Haziq dan Batrisya, sempat breakfast, lunch ngan hightea kat rumah. Best la melayan diaorang ni. Diaorang dah start cuti sem. Yang pasti semua balik Mesia raya ni. tinggalkan kitaorg je raya sefamily kat sini dengan 2 org yg x balik... huhu.. cedihnye..

Yeay, tadi tengok hanabi best sangat. Esok la upload gambar. :)

Tuesday, July 28, 2009

Air Tembikai Laici

Disebabkan banyak sangat pulak tembikai kat rumah ni (orang bg masa dtg rumah). Akhirnya jadik jugak air tembikai laici nih. Hari ni pun x habis lagi tembikainya. hihi.. mmg sedap makan time panas ni. Tapi minggu ni pagi sampai tengahari panas terik, bila petang je hujan lebat siap kilat dan guruh lagi.

Cara dia senang je, blend je tembikai dan laici tin serta gula sikit, pastu letak la ais batu dan beberapa biji laici. Dapat buat satu jug, puas la minum. Tapi hubby ckp masam sikit, sebab campur air gula laici tin tu kot. hehe.. tp boleh la layan je.

Jamuan untuk rakan2

Sempena kelas dah habis, kami menjemput sensei dan rakan2 kelas lunch kat rumah Sabtu lepas. Diorang ni asyik tanya la masakan Mesia, so kene la buat. Masak simple je yang penting buat kari mesia.
Suka sangat la diorg, oisyii.. aje la. Sensei siap mintak nak bungkus bawak balik, layan je. Lagi satu diaorg suka makan karipap, sib baik buat banyak. hehe.. Dessert yang x nampak, tembikai dan dadih. Memang x sempat nak amik gambar dadih ni. Bawak dari Mesia, letak buah peach. Padahal buat banyak giler, satu bekas pun x sempat nak gambar. hehe..

Act. ahad pulak kitaorg jemput satu family indonesia dtg lunch jugak. Husband mmg duk sini, tengah cuti sekolah ni wifenya datang dengan anak2. Kali ni pun xde gambar, masak simple jugak la, sup daging, sambal ikan dan lain2. Bz jugak tiap weekend nih. Tapi saya suka...:))

My Japanese Classmate

Kelas yang terakhir untuk sem ni. Ini sajalah student yg ada untuk Japanese Class kat uni. Dari kiri 3 orang chinese, Nishina Sensei, Mongolia, Mesia, Korea dan Indonesia. Ups.. nak beritau gak yang korea tu umur dia dah 50 tahun, hikhik.. giler maintain jer. InsyaAllah sem depan sambung lagi, nihonggo ku tetap x terror lagi. hihi..

Saturday, July 25, 2009

Akhirnya...

Yeay!! akhirnya siap jugak motor Meccano papa nih. Semalaman buat, x tido tu. kalau ikut jam dalam 4 jam kot siap, tolak campur dikacau budak2 ni lagi.
Boleh tengok puas2. Sukahati motor dah siap! Ada batery tp xleh jalan berat sangat kot.
Dan lagi.. hihi.. pasni ada 2 kotak lagi nak kene buat. Bila la tu ek? hehe..

Kotak yang sampai

Sebenarnya dah lama kotak2 ni sampai, x sempat nak masuk entry. (perlu masuk ke? hehe.. sukaati la ek..) Wajah kanak2 riang dapat mainan. 3 kotak tu je, belah kiri tu papa punye.
Haziq yang tak sabar2 nak koyakkan isi dalam kotak tu.
Inilah isinya, magnet tampal2 rupanya. hehe.. x best plak ada piglet tu.

Lego

Haziq dah ada hobi baru sekarang. Tiap2 hari mengembur sekotak lego ni buat main, tapi kejap je main elok2. Dah siap cantik2 karang di musnahkan macam otomen musnahkan bandar. hehe..

Lego yang ada. Yang ni dah bertambah sikit jadik besar. Lepas main mama jugak yg kene kemas. huhu..

Friday, July 24, 2009

Gerhana Matahari

Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam (22/7/09) dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. � AP - Sedikit petikan dari BH tarikh 23/7/09.

*Rugi pulak x dapat tengok gerhana tersebut. Masa tu kitaorang ada dalam bangunan kerajaan tengah buat urusan rasmi. So mmg x sempat nak tengok luar. Tapi Batrisya dapat tengok, balik sekolah terus dia cerita tengok bulan dan matahari jadik gelap, sekolah bagi pakai cermin mata khas. Tengok kat tv ngan tenet je la gambar2nya. :)

Thursday, July 23, 2009

Kiryu Gunma

Akhir sekali, melawat Dr. Yusmady di Gunma yang akan pulang ke Mesia pada Sept. ni. Tahniah ye Yus, dapat menghabiskan Phd dalam tempoh genap2 3 tahun. Moga yang lain2 terutama En Kery dapat mengikuti jejak Dr. Yus ni.

Perjalanan ke Gunma amik masa 3 jam, tapi disebabkan jalan jammed kat highway jadik 4 jam baru sampai ke sana. Di Gunma kami pulang ke destinasi masing2. Sebelum balik kitaorg singgah di Sano Designer Outlet, tapi x dpat nak pusing habis, memang besar dan semua butik branded ada kat sana. Sempat beli Lego je kat sana. InsyaAllah nak dtg sana lagi. :)

Jalan-jalan sekitar Yonezawa

Tempat wajib dilawat jika ke Yonezawa. Haziq mengejar burung, tapi bila burung tu dekat dia plak yang lari.
Teruja dengan ikan dan burung.
Burung lagi, byk sangat la burung merpati kat jepun nih. hehe..
Beca zaman dulu.
Gambar di dalam dengan topi Uesugi.

Matsushima Bay

Hari Ahad cuaca terang, tapi jalan jammed nak ke Matsushima ni. Ramai sangat orang nak ke sini. Matsushima ni adalah antara 3 pantai tercantik di seluruh Jepun. Macam2 ada untuk aktiviti laut.
Kitaorang naik feri untuk menikmati pemandangan sekitar pulau2 yang ada. 50 minit perjalanan, sebagai pelancong memang puas hati jugalah.
Suasana dalam feri. Tapi ramai yang duduk di luar untuk bergambar dengan burung2 dan pulau2 sekitar.
Burung2 ni ikut feri sebab orang ramai beri makan keropok udang yang mmg ada dijual dalam feri. Kitaorang beli keropok udang makan sendiri je. hehe..
Burung ni tengah makan keropok kat tangan sape ntah. Bestkan! Haziq takut sebab dia ingat burung tu nak patuk dia agaknya.

Berkelah tepi laut

Sempena hari laut Jepun, kitaorg pun amik kesempatan pegi laut jugak. Ramai sungguh manusia. Jepun ni sukahati nak bagi cuti apa2, diaorg xde cuti raya so contohnye Marine Day ni dibuat cuti am la.
Bergambar depan Feri yang kitaorg naik
Bawak bekal nasik lemak, Batrisya pandai guna hashi nih.
Baik dengan uncle Faiz nih.
Kita rehat dulu..

Jalan-jalan Yamagata

Hari Sabtu lepas bawak tetamu berjalan sekitar Yamagata, sampai2 station terus bawak pegi makan Soba special. Tapi sepanjang hari hujan la plak. Jalan-jalan dalam kereta sajalah..
Sempat jugak singgah di Castle Yamagata, Batrisya je yang nak bergambar, Haziq time orang nak amik gambar mesti lari.
Pemandangan dari dalam kereta. Gunung yang berkabus sebab hujan.
Sawah padi. Macam kat Mesia pun ada. :)
Pemandangan dari atas castle.

Tuesday, July 21, 2009

Tetamu dari Kanazawa dan Nagoya

Uish lama gak x update. 3/4 hari ni mmg bz sokmo, nak tengok komp pun xde masa. hehe.. Update sikit pasal kedatangan jejaka bujang yg macho, hensem lagi bijaksana ke teratak kami di Yonezawa nih. Macam kembar x seiras plak tengok diaorg nih. Still available sape2 yg berminat boleh hantar borang. hehe... seronok jugak la ada tetamu kat rumah, mmg berjalan saje sepanjang diorg kat sini. Faiz n Fadzli tima kasih datang sini taun depan boleh dtg main ski plak eh. :)

Thursday, July 16, 2009

Meccano

Seminggu dua ni mmg selalu la loceng pintu rumah berbunyi, ada je barang yang sampai. hubby le suka sangat beli barang online. Minggu ni je dekat 5 kotak barang. Meccano ni lah salah satunya. Meccano ni lebih kurang Lego jugak tp lebih rumit sebab byk giler skru. Kalo Lego tu blok2 je. Ada 3 lg kotak Meccano yang belum sampai, hb cakap yg itu untuk budak2. Yang ini untuk dia. Tunggu je la ntah bila siap motor/kapal terbang dia nih! Meccano yang beli kat UK dulu pun tak berusik. hiihi.. Kene cabar gak ni.

Wednesday, July 15, 2009

Kari Hijau Thai

Teringin mencuba kari hijau Thai. Sedap juga rasanya, rupa macam masak kurma tapi rasa kari hijau Thai. hihi.. Masak dia senang je, x yah letak apa pun cuma letak santan, ayam, kentang dan tomato je sebab pes dia dah cukup sifat. Pes dia dah siap masin dah, rasa kat lidah mmg masin sungguh. huhu..Ini la rupa pesnya. Beli kat kedai sini je, Ada cop halal lagi, Thai punya cop nih. InsyaAllah boleh dimakan.

Monday, July 13, 2009

Jalan dan bermain di tepi sungai.

Sabtu lepas pergi shopping. lepas tu lepak tepi sungai bawak budak2 ni main kat situ. Batrisya happy la dapat mainan princess dan pistol pun nak jugak tu.
Budak ni lagi x yah citer la, pantang keluar rumah, dari hujung padang sana sampai la hujung padang sini dia berlari, penat kejar dia nih. Kat kawasan ni orang selalu BBQ, haritu pun ramai org tengah BBQ.
Batrisya pandai tendang bola, Haziq pun terror gak, tp dia lagi suka main pistol air tu.
Tengok dah abis basah. Kat rumah x leh main pistol air ni habis la basah. Budak ni main kat tepi rumah je. Pandai anak2 mama nih. :)
Sungai yang bersih dan dijaga dengan baik. Rasa mcm boleh mandi je kat dalam, tp x nampak pon org mandi. Tenang duk sini dikelilingi gunung dan sejuk je.

Sunday, July 12, 2009

Harry Potter the Movie

Hari ni seharian ngadap tv melayan movie Harry Potter rally dari 1st siri sampai yg ke 5. Penat oo mata. Masak pun simple je wat nasik ayam yg paling cepat. hehe.. Kebetulan hujan plak kat luar, mmg tak leh nak kuar jenjalan la.

Citer ni mmg minat dari dulu lagi. Masa siri Philosopher's Stone, Chamber of Secrets ngan Prisoner of Azkaban tu dapat la tengok kat wayang, pastu yg lain downlod je. Hubby yg minat sangat citer2 mcm ni. Lagi satu Lord of the ring tu, sanggup beli original trilogy DVD siap extended version lagi. Mahal oh.. 50 pound (convert RM350 masa tu). Narnia pun minat gak tu. Bukan setakat DVD ngan buku2 sekali pun dibelinya.

TV Jepun pun dah 2 malam tayang siri 1 dan 3, sebab siri 6 baru nak release 15 July ni. Tak dapat le nak tengok wayang tunggu je kuar dvd/downlod nanti. hihi.. Buku dia dari siri 1-7 mmg dah beli lama dulu, tp tak abis pun baca. Hubby le yg dah abis baca, minat tol dia ngan cite2 wizard ni. Lupa plak nak bawak sini kalo tak dah boleh mengisi masa lapang baca buku2 citer nih. Peminat2 Harry Potter jgn lupa tengok next series. Ada 3 kali lagi nak kene tunggu movie nih baru abis. Siri 6 Half Blood Prince 15 July 2009, next last series Deathly Hallows diorang buat 2 kali akan tayang pada 2010 ngan 2011. Fuh!! 2 taun lagi nak abis..

Conchiglie

Sejenis pasta, saja je nak try jenis yang ini. Dah beli tak pasti nak masak apa, mula2 nak buat mcm sos spagheti tu je, pastu mcm tak sesuai, pastu nak wat sup tp mcm tak best plak. hihi.. last2 goreng aje.
Goreng pun special sikit. Perencah dia blend bawang merah, putih, lada kering 5 biji dan daging sekali. letak juga sotong, daging potong halus dan sayur2an. oh letak juga satu tin chop tomato. Ala2 mcm buat sos spegheti jugak la tp goreng semua. Nak makan tabur pharmesan cheese dan serbuk black paper. Sape2 pon boleh buat. :)

Friday, July 10, 2009

Kerepek Seaweed

Kerepek ni mmg faveret sejak kat Mesia lagi. Tak sangka mudah je buatnye. Dah lama tau resepi ni tp baru hari ni nak mencubanya. Cuma perlukan kulit popia, seaweed dan telor saja. Act. kulit popia nih dah lama sgt sampai keras nak wat kuih mmg takleh nak lipat2, jadi akhirnya menjadi kerepek. Sapukan telor pada kulit popia tu dan tampal dengan seaweed, atas seaweed tu tampal lagi satu kulit popia. Pehtu gunting2 la ikut suka dan goreng sampai masak. Goreng jgn lama kulit tu cepat masak. Kepada mak kak @ ellediela sila lah buat sendiri x yah beli jer. senang jer buatnye. hihi..

Wednesday, July 8, 2009

Jagung Bakar

Bestnya dpt makan jagung bakar. Jumpa jagung kat supa terus je beli. Sebiji 98yen, beli 3 biji. Balik rumah terus rebus. Act. rebus semua pastu bakar separuh, cepat sikit masaknya. hehe.. letak white paper ngan butter, makan panas2 sedapnyer..