Tuesday, July 12, 2011

Upside Down Pizza

Antara menu yang baru dicuba. Tengok Kamalia buat tu yang teringin jugak dan cara buat pun macam senang. Terus la terjah blog dak Ika, lagi la terus nampak mengiurkan. Bahan pun semua ada, tak perlu nak tunggu doh pizza naik. Ikut cara Ika jugak letak capsicum, siap tambahan letak daun bawang sebab kat rumah ni ada 3 ikat daun bawang, beli 100yen dpt 3 ikat terus. dah 2 minggu yang seikat tu pun x luak. hihi.. beli kat tepi kebun mmg la diberi sebundle gitu. Apa2 pun resepi ni memang mudah dan sedap. Terima kasih tuan asal resepi. Boleh buat lagi. :D

Sumber: Ika

Dough
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu
  • 1 cwn tepung
  • 1 sb minyak
  • 1/2 sk garam
- gaul sebati semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling
  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 4 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 1 sb cili boh
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 1 sk paprika
  • garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam
- Keju secukupnya

Cara-cara,
  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • susun capsicum dan tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Tabur cheese sekali lagi untuk topping
  • Bakar pada suhu 180 degree selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

13 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kebetulan ayu pow buat piza gak hari ni...but simple jer tera nak tunggu nasi masak ptg nanty....oishii sou

Asmara said...

hihi.. laju betul dak ayu ni. memang boleh bagi award commentators paling laju di abad ini. heheh..:D

Amie said...

asmara ooo Asmara.... sedapnya pizza tu...lum makan lagi ni!

ijayuji said...

kak as!!!!! nak upah pizza!! kita ni baru lepas mandi wakakaka jap g nak kuar tggu masuk waktu dulu kikiki.... sedap kan kak! kita sukeee ala2 bingka pizza wakakaka

Jue said...

kak as..jue pun buat pizza ni gara2 terpengaruh kt blog kamalia..sedap dan cepat..

Asmara said...

K Amie, jemput makan..! hehe..:D

Ika! ahaha.. sib baik dah wangi, meh share makan meh!

Jue, kan! tp anak2 tak berapa gemar, mesti sebab ada sayur2 hijau gitu. penat nak kene asing2. isk2 budak2..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kihkihkih....x la kebetulan depan pc masa akak pos....hayai ne????

Mamasya said...

Asmara, resepi pizza yg mudah...patutlah nama upside down pizza, rupanya filing dibawah.nanti nak cuba juga.
cantiknya bunga2 di park tu...mcm2 ros ada.menghijau viewnya...

Nieda said...

Resepi ni boleh try. Mengiurkan.

Paprika tak letak boleh ke?

Hanis MY said...

saya stuju kak as ckp ayu commentators plg laju abad ini hik2..

akak syoknya beli 100 yen dpt 3 lagi ha... oregano n paprika nk cr kat mana?

p/s: hotel murahan dah penuh la i kachiwa ni..cemana ni?

Juwita Jamaludin said...

sedapnya korang2 ni buat pizza buat terliur je.. hihihii bila la mood buat piza nak datang ni.. hari tu bat gak pizza yang as entrykan kan dengan roti tu .. hihihih senangdan sedap

Asmara said...

Ayu, sodesune...:D

Mamasya, macam bukan patern pizza, tp ikut je resepi org. hehe..

Nieda, hehe.. aii pun x letak, guna bahan apa yg ada je. :D

Asmara said...

Hanis, oregano tu kat supa bahagian herbs mmg ada dlm botol. nnti cari. paprika tu x yah guna pun ok je. akk pun x guna. hehe..
*hotel rinsenji mau ka! hehe..

Ita, yg ni pun senang je. boleh buat dinner. sesuai makan panas2. :)