Tuesday, November 2, 2010

Pizza Gebu!

Hari ni memang dah niat nak buat pizza sebab semalam baru beli cheddar cheese, Batrisya teringin nak makan pizza pulak. Tengok kat blog kak ayu buat pizza, terus je nak cuba apalagi bila kak ayu kata gebu sampai 3x ganda. hehe...
Doh dia memang agak tebal dan memang gebu! Topping tu boleh letak apa2 bahan je kan. Saya guna sosej, crabstik, piman dan bawang. Guna chopped tomato, mayonis dan cheddar cheese. Lupa plak nak letak oregano dan basil, padahal ada je stok kat rumah. Resepi doh pizza saya cnp dari kak ayu. Terima kasih kak share resepi pizza nih. Lain kali boleh guna resepi ni je untuk dapatkan pizza yang gebu. :)

Doh pizza:
140ml susu segar
2sb butter
2sb gula
450g tepung gandum
1 biji telor
2 biji kentang(rebus)
secubit garam
1/2 paket(6g) mauripan(yis kering)

Doh:
1. Blend kentang+mauripan+separuh susu segar sampai hancur
2. Campur semua bahan dalam besen dan uli sampai permukan licin dan tak melekat di tangan
3. Biarkan sampai naik 2x ganda
4. Uli untuk buang angin, canai dan letak dalam tin pembakar
5. Sapu sos, tabur topping, sapu sos sekali lagi, taburkan cheese atau mayonis
6. Bakar pada suhu 170 degree celcius selama 25 min (saya bakar 180C 40minit)

5 comments:

Unknown said...

As dah ajar buat pizza, kena buat ni...tp malasnya..huhu

Idayu said...

waaa...cptnyer!
tebal ek? tp akk suka yg mcm nih...hehehe.
kalu mkn saizeriya tuh nipis kemain lagi.nmpk sedap tuhhh

Idayu said...

sorry lupa nk bitau, doh tuh mmg akan jdk bnyk.so akk bahagi 3, jdk la 3 biji pizza. kalu buat sekeping mmg tebal+gebus btol la pizzanyer!

Kamalia said...

hahaha..kak as lagi cepat buat pizza nih..nmpk gebus tul la kak..bile la nk dtg mood rajin buat pizza gak nih?skang ni kami beli yg instant je..

Asmara said...

Kak Ayu, hihi.. kita wat sebiji terus. sib baik bekas besar. sampai ke malam makannye. hehe..

Kamalia, tu la lepas tengok blog kak ayus terus laju je kupas kentang, kuarkan kan tepung. hihi..