Wednesday, April 23, 2014

Resepi Sambal Belimbing Hitam Pahang

Husband saya orang Temerloh Pahang. Balik kg selalu jumpa sambal hitam ni jual kat pekan sari (Pekan sehari/pasar tani/pasar malam). Mak mertua ada bagi belimbing hitam, ada orang kat kg tu jual yang dah siap memang sedap. Ini kene masak sendiri. Nasib baik agak senang. Saya ikut resepi cikmat ni senang kot.

Dah lama kot tak ambil gambar makanan. hehe.. ni ambil guna phone je whatsup kat adik saya yang suka makan sambal, kasi dia menjejes air liur hehe.. Nak masak lagi dan ambil gambar cantik2 ntah bila la. Kene tunggu weekend la baru boleh main masak2 yang best2. :D

Ini kerja orang malas, patut kene tumbuk, saya blend je, huhu.. hancur mmg tak berapa nak sedap. yang tumbuk tu sedap dan asli. Tapi boleh la bila dah makan dengan nasi panas mmg bertambah. hehe..
sambal belimbing hitam Pahang yang terlebih blend. 
Resepi Sambal Hitam Pahang
Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
  3. UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba!!..

6 comments:

Acik Erna said...

assalam As..acik pernah rasa ni memang sedap..pernah juga campurkan sikit masa buat nasi goreng..sedap

LydSunshine said...

As, sambal ni mmg dah ramai org kata sedap2. Tapi saya belum try lagi. Takleh jadi. Nampaknya kena beli la ni. Heheh.. Beli je la.

rostina76 said...

alaaaa. kecur air liur weh…mana nak cari belimbing buluh ni

Mona Lea said...

sedap.beli dengan kawan org raub buat stok

fazianbatrisyia said...

sedap ni...berangan jek nak buat, tp x dibuat2 lagi

An Ibrahim said...

Sedapkan an pon ada bawa jepun stok belimbing hitam,..sambal pon ada 2 bekas dah selamat hihihi