Tuesday, June 12, 2012

Jumpa Salji..

3 Mei 2012. Hari berikutnya kami bawa mak dah abah ke Niigata untuk ke ladang Tulip. Sepanjang perjalanan tu salji masih banyak berada di kiri dan kanan. Kami melalui kawasan lereng gunung yang masih dipenuhi salji. Suhu waktu ni masih di bawah 10C.
Ada pokok sakura di tengah2 hutan. Act. banyak jugak jumpa sakura di hutan lereng gunung, memang nampak sangat cantik! Kami tak pergi sampai bandar Niigata cuma sempadan antara Niigata dan Yamagata. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah.
Berhenti sekejap tempat rehat dan ambil gambar.  Salji dah keras dan comot, tapi masih sejuk! Haqem je yang nak ambil gambar, Haziq dan Batrisya duduk dalam kereta sebab sejuk. Tengok gambar ni terasa sejuk pulak, tapi memang tengah sejuk pun minggu ni suhu mendadak turun, suhu paling rendah 12C dan suhu tinggi minggu ni 20C! Sekarang pun angin tengah kuar di luar. Hari Sabtu tempohari bermula musim hujan sebelum masuk musim panas (summer) beberapa minggu lagi! ;)

25 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nnt balek mesia sure rindu nak main 雪 depan umah ekkk....kawaii nyer haqem buat pose manja gituew....*jari kat pp* ngeee

yatie chomeyl said...

mesti masa winter tmpt ni lebat gila salji kan kak...smp skrg pun ada yuki lagi.

Juwita Jamaludin said...

Byk lagi salji kat sana ye As.. Bestnya ada sakura

Chik Att said...

seronok bawa org yang kita sayang akan angin ... tambah2 di tempat orgg ..

Cik Eka said...

best je tengok sakura tiba2 ade kat tengah2 tu..

hehehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Maknanya dimana-mana aje sakura ye As... salji masih memutih lagi walaupun comot :D

Mrs.R said...

Panorama yg sgt indah...

Rai said...

berapa punya tebal gamaknya yuki kat situ kan..nak masuk natsu pun masih ada yuki lagi ni..

Teratak Hami said...

cantiknya view....

Daddy Ziyyad said...

kat jepun masa winter ada tulip ke? kalau kat Australia, mmg meriah, tapi time spring lah

Asmara said...

Note: Gambar ni bertarikh 2 Mei 2012, sebulan lebih yang lalu. hehe..

Daddy Ziyyad, winter mana ada tulip, ni masa spring, kami lalu lereng gunung, salji yg tebal sebelum ni masih belum cair. ;)

SURIA AMANDA said...

Kalau la dapat bawak my mum and my dad kat sini kan best....

Kamalia said...

haah kan kak..minggu ni hujan je ,ni pun ha dah gelap langit tu..pastu sejuk sungguh.
yela, aritu*lama dah* ada gak nampak sakura tengah hutan la..lereng gunungla..cantikla kan jadinya sebab tetiba ada bunga tetenagh pokok yg menghijaukan.

p/s..nak pi sendai bila?kalau hujung bulan ni ok la kot,nak ikut jugak..hehe

ADEEYA said...

Lawanyaa!

Nuwairani Ismail said...

huhuh...kirenye sejuki jugak la tempat ni. bulan 5 pon masih lagi ada salji. teringat pulak masa gi melancong kat sana bulan 3 baru ni..

kasihredha said...

cantiknya
bertuah parents as sempat nikmati semua...Alhamdulillah

Qasey Honey said...

sgt mnarik kesemua pemandangannye tu...makabah masih ade disana lg ker..bestnya dpt bjalan2 bersama2kan...

Papa Mifz said...

Jeles sgt bilo org bergambar di musim slji nih,huhu

LydSunshine said...

mana gmbr tulip As? Tulip bunga feveret saya. :)

Asmara said...

Lyd, esok saya letak, gmbr byk sgt tak terpilih. hihi..

Cinta Misteri said...

wahhh uncle & aunty pown merasa juga...jelousi I tau :)

Nadiah Sidek said...

tak cair-cair lagi? salji macam tu mesti licin, kan?

~ yus ~ said...

masih ada salji? Jepun ni mcm tak tentu masa juga ya, lambatnya mencair, mesti sejuk je kat sana ya As

Asmara said...

Sekarang dah cair, ni gambar sebulan yg lepas. ;D

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

salji!!! bila la is buleh nak pi main ni.. hehe (^__^)

dah lama is xmelawat sini..... windunya
ada penyakit xbopa ajin skit 2,3menjak ni... hehe (^___^)