Alhamdulillah, waktu di Niigata kami berkesempatan ke Masjid Annur Niigata. Satu2nya masjid yang ada di Niigata. Masjid ni baru beroperasi pada 2009. Memang nampak masih baru. Pihak komuniti Islam di Niigata buat kutipan dan jualan halal food untuk membeli tanah dan membina masjid sejak tahun 2006. Lokasi masjid ni sangat berdekatan dengan Niigata Universiti dan terletak kurang 100 meter dari jalan utama. Parking pun ada jadi tak susah nak ke sini.
Masjid ni 3 tingkat, seperti masjid di Nagoya, tapi masjid ni lebih besar. Tingkat satu ruang solat untuk wanita dan kedai, tingkat 2 ruang solat yang luas untuk lelaki dan tingkat 3 merupakan dewan dan tempat aktiviti keagamaan diadakan. Buat masa ini masjid ni dijaga oleh warga Indonesia. Kami sempat jugak bertembung dengan warga Palestin dan Indonesia yang turut bersolat di masjid. Alhamdulillah sepanjang berada di sini kami berkesempatan masuk ke beberapa masjid yang ada di Jepun, antaranya di Gifu, Toyama, Kobe, Sendai, Nagoya, Tsukuba, Gunma, Tokyo dan Niigata. Terima kasih banyak buat rakan kami yang bawa kami ke sini. InsyaAllah jika ke Niigata lagi, kami pasti akan ke masjid ni lagi. :)
9 comments:
kat shi sini x der plak masjid la...if shi lain x sure plak...alhamdulliah makin byk masjid kat jepun ni kan
alhamdulillah, mudah2an makin bertambah umat islam di sini..
jom dtg masjid fukuoka pulak kak As :)
wah besar masjidnya.mmg nmpk baru..kalau msjd cni pn besar cmnh kan best.huhu
Ayu,, tu la biasa dia buat ikut Ken dan kat mana yg ramai umat islam berada. biasa shi kecik2 mcm kami ni sewa rumah buat surau je. tak silap ada lebih 20 masjid kat jepun nih. Alhamdulillah...:)
EZ, Amin.. :)
Yatie, jauhnya nak ke sana. teringin jugak kan sebb sana lagi besar kan! :D
Anum, masih cantik dan baru. alhamdulillah..:)
Alhamdulillah.. moga bertambah lagi masjid2 di Jepun ni kan? moga dgn banyaknya masjid di sini, makin berkembang luas syiar Islam di bumi sakura ni..
bset gi jalan2 sana.. sampai juga masjid kat sana ye.. nampak luas dan baru
cantik masjid ni..
Post a Comment