Thursday, August 2, 2012

Kuih Lompat Tikam

Kuih Lompat Tikam ni pertama kali cuba buat. Tapi teksturnya tak begitu halus sebab guna tepung beras Jepun yang sedikit kasar. Sukatan untuk air sewaktu memasak kene kurangkan bagi elakkan ia jadi terlalu lembik. Rasa tetap ada cuma rasanya tepung beras jepun ni tak sesuai buat kuih tradisional Malaysia kot. Tapi tak ada stok tepung beras Malaysia pengganti yang jepun punya pun jadilah. :D.
Resepi dari blog kak Umie Home Sweet Home dan resepi asal dari Chef Hanieliza. Terima kasih keduanya. ;)

Kuih Lompat Tikam
Sumber: Kak Ummi dan Chef Hanieliza

Bahan (Lapisan Hijau):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam
Bahan (Lapisan Putih):-
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
Cara Membuat:-
LAPISAN HIJAU:-
  1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan.
  2. Kacau adunan di atas api sekejap (lebihkurang 5 minit dengan api perlahan).
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
LAPISAN PUTIH:-
  1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan.
  2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap.
  3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan LAPISAN HIJAU dan tuangkan adunan putih ni.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Sejukkan dan potong. Hidangkan dengan air gula merah.
Bahan Air Gula Merah:
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
*Jerangkan semuanya di atas api hingga mendidih. Sejukkan dan tapis sebelum dihidang bersama kuih lompat tikam.

17 comments:

Chekgu Azrine said...

saya tak pandai buat...mak saya expert..selalu plak tu buat.. tu sbb saya tak penah buat..hahahaha

lady lavender said...

dah lama betul tak makan kuih ni As. Kalau kat mesia tak teringin lah pulak. Rajinss sungguh As ni :-)

dilabangiWORLD said...

shummel...
kreatif lah kak as ni

Amie said...

Adeeehhh... mengoda betul! teringin nak makannnn....

kasihredha said...

kat kampung dulu selalu beli kat pasar...sedap

AZIE said...

Kak as...mentang mentang i x de buat kuih sedap sedap je...merajuk la...hehe....tapi tak pe sementara kat malaysia nie boleh je makan apa yang nak alhamdulillah...miss u la...

Nieda said...

tak pandai buat dan tak pernah makan. kesiannya akak kan.
Pernah dengar je nama

Qasey Honey said...

sedap dimakan sejuk2 tu..laju aje masuk ke tekak..haishhh...

FnF Simple Life said...

as... terliur tengok kuih lompat tikam tu tau... seb baek tgh bersahur ni haaaa...kalo tak kurus pahala puasa...ehehe

keli menari said...

aish tengah sahur ni la kuar kuih ni..sedap!

ieda said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
akk dah lama x makan nie
kalau disini packing dia lain sikit
bekas lebih besar ;)

ijayuji said...

Salam kak as! kita dah buat lompat tikam tapi tak pasti resepi sapa kita guna :D kena bykkan sukatan air ler kalau tak berapa nk lembut kan? kita pun kalau beli beras2 jepun yg berlainan sukatan air utk setiap beras tu lain2, leceh :D maklomlah tak pernah nak buat nota kikiki...

LydSunshine said...

Yes. Finally ada jugak resepi yang saya penah buat. Saya penah buat lompat tikam ni. Senang je kan? Tapi kalau saya, saya lagi suka yg putih tu banyak. Rasa lemak2 masin. Erm.. tu la pasal org Mesia ni kolestrol tinggi ek?

Rai said...

kejam kuih ni ni..hehehe..tak silap kalau kat kampung saya panggil bubur somsom..tapi tatau la betul2 sama ke beza sebenarnya..

Kamalia said...

kuih ni ai tak [penah buat..xtau rakyat jelata suka tak..hehe..

kakchik@ella said...

Lompat Tikam? yg dibuat org kelantan ada pulut berwarna tau. dimakan sekali. sedaps.

B-ha said...

Kak nk tanya sket, bagaimana kanji jepun tepung beras ni? kalau aku sertakan gamba or link tepung breras tersebut..tq