Tuesday, July 31, 2012

Kuih Lopes beras Pulut Jepun

Alhamdulillah berjaya juga misi membuat kuih JLo ni untuk ibu mengandung. Percubaan pertama buat kuih ni sebab saya jarang sekali masak kuih berunsurkan pulut. Agak kurang gemar kuih berunsurkan pulut, kalau makan pulut panggang saya makan intinya saja, kalau makan kuih seri muka saya makan lapisan hijau je. hehe.. Tapi sekarang makan je. Pertama kali beli dan guna beras pulut sewaktu cubaan membuat kuih Pulut Dakap (untuk ibu mengandung jugak), lepas tu sekali buat kuih seri muka dan selebihnya untuk masak nasi dagang.

Beras pulut Jepun agak sedikit berbeza dengan beras pulut Malaysia. Sukatan air untuk masak juga tak sama. Saya nak ucap banyak2 terima kasih pada Chef Kamalia sebab ajar saya cara nak masak beras pulut. Dialah penyelamat saya. hihi.. sebab masa buat pulut dakap tu lembik sikit jadi mintak tolong ajar sifu sebab beliau sangat terel memasak beras pulut Jepun. Siap call, sms, mms semua lengkap untuk memastikan kuih JLo saya menjadi. Sifu dalam talian gitu. :D Saya ada juga refer pada kak Ena Lovely Kitchen masak pulut menggunakan periuk nasi sebab tak confident nak masak secara kukus berdasarkan resepi2 yang ada. Terima kasih keduanya. Saya letak resepi dari Chep Kamalia untuk panduan beras pulut Jepun mengunakan microwave! Sememangnya lebih cepat dan pantas! Beras ini juga tak perlu direndam lama, lebih kurang 15-30 minit saja.

Kuih Lopes beras Pulut Jepun
Sumber: Kamalia Iwate

Bahan-bahan.
  • 3 cawan beras pulut Jepun
  • 2 1/2 - 3 cawan santan mengikut sukatan beras
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau berperisa pandan @ air pandan+warna hijau
  • Kelapa parut+sedikit garam
  • Air gula Melaka 
Cara-cara, 
  • Basuh beras dan rendam lebih kurang 15 minit
  • Masukkan beras dalam loyang 
  • Campurkan garam dan pewarna hijau berperisa pandan dalam santan
  • Tuang santan hingga memenuhi paras beras (lebihkan sikit je dari paras beras tu, masih nampak butir2 beras)
  • Masukkan loyang dalam microwave setkan 10 minit
  • Keluarkan gaul semula beras tersebut, kalau nampak kering letak sedikit santan/air 
  • Masukkan semula dalam microwave selama 10 minit
  • Keluarkan dan kacau lagi, jika nampak kering letak lagi sedikit santan
  • Masukkan sekali lagi dalam microwave selama 7 minit
  • Keluarkan dan kacau hingga nampak beras tersebut masak. (boleh rasa dengan jari) Kalau rasa tak masak lagi boleh set lagi 4-5 minit dalam microwave.
  • Alas bekas plastik, ambil pulut dan tekan hingga padat, bentukkan bulat atau segitiga
  • Tunggu sejuk dan baru dipotong, golekkan dalam kelapa parut tadi
  • Sedia dihidang dengan air gula melaka

Nampak sedikit leceh perlu menunggu dan keluarkan loyang dari microwave, tapi saya rasa lebih mudah dan pantas! Pulut pun elok je masak. Alhamdulillah.. terima kasih Kamalia dan ibu mengandung pun kata sedap! hehe..

24 comments:

Unknown said...

tak perasan pulak beras pulut jepun lain dari beras kita..mungkin sebab duk sana tak penah ngidam kuih lopes ni..hehe..tapi masak pulut ni agak leceh kan..cumanya saya pernah jugak dengar tak elok kerap guna microwave.. terutamanya bagi wanita mengandung..tapi tak pulak saya rujuk lebih lanjut..nanti saya check balik..

Hanis MY said...

pengsan! kak as cemana rupa beras tu hilang rupa bentuknya? adakah selepas ditekan2? caner rupa paket beras pulut jepun eh, macam tak mampu je nak buat yg ni wuwuwu

Anonymous said...

hebat,, mesti sedap ni kan

nazayiena said...

Pulut Jepun sama ke rasanya dgn pulut kita?

nur easy said...

biasa 3 segi kan.. tp y ni nampak comel je..;)

LydSunshine said...

Kuih Jenifer Lopes ke? Hehehe.

Owh, boleh ek masak pulut dalam microwave? Itu sebagai ganti kukus ke apa? Kelakar plak bila As kata, makan pulut panggang pun makan inti je. Hehe. Mcm kanak2 sugus.

yatie chomeyl said...

ibu mengandung kat fukuoka nak jugak boleh tak? *lap air liur meleleh tepi bibir*

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
alahai bertambh teringin tgk lopes hijau ni,memang sedap kan
awal puasa hari tu dah plan dgn mak nk buat tp tak tercapai bila pak dimasukkan ke spital sampai skrg blm dpt rasa lg hu hu
ada jual tp akak yg mak buat bezanya pulut yg dah masak tu dibalut dgn daun pisang pastu kukus

FnF Simple Life said...

wah...kuih lopes moden ni As... masak ngn microwave. Jlo tentu suka...hehehe

dilabangiWORLD said...

wah urg jepon pun leh buat kuih lopeh erk (hehehhe) cayyo
shuntek kemas....
pernah tak bagi orang jepun rasa kuih cam ni kak as?

Cik TeN10 said...

ahaa..semalam pn fatin buat kuih lopes jugak.. pakai cara ni jugak la.. gna microwave senang dan cepat.. :)

Kamalia said...

tersedak2 ada org sebut nama saya..xdela seterel mana pun kak,saya pun belajar dari org jugak,banyak trial n error mula2 buat dulu.alhamdulillah,dua-dua makyobg suka ye dgn kuih Jlo ni..terus trliur nmpk kuih ni..haha
hari ni buat seri muka..pulut mcm biasa,di microwavekn je..hehe

Dr K said...

cakap pasal beras pulut jepun ni berbeza dgn malaysia, u pernah tak rasa sushi kat jepun, dgn sushi kat malaysia? ada beza tak rasa & penyediannya?

DrFIO said...

cantek pulak rupe kueh tu...comel je...tapi selera saya tidak pada kueh yg manis2 buat masa ini...pity me :(

Asmara said...

@Rai, tula dulu saya anti microwave konon. hikhik.. tp sekali sekala guna tak salah kot. InsyaAllah..

@Hanis, nnti akk amik gmbr paket beras pulut jepun. ;)

@K Nazayiena, sama kot kak. cuma pulut dia mcm lebih lemak kot. hehe.. saya tak makan pulut x pandai nk bezakan. ;D

@Lyd, InsyaAllah boleh, kami dah cuba. ;D

@Yatie, kalau datang sini confirm aii buatkan tau. jemputlah datang. ;D

@Mama Saranur, tradisional mmg balut daun pisang, tp kat sini guna apa yg ada. hehe..

Asmara said...

@FnF, kuih kita sama! ;D

@Dilabangiworld, kuih unsur pulut ni tak pernah lagi. nnti kalau buat lagi boleh bagi. hehe..

@Kam, tq so much! ;D

@Daddy Ziyad, sushi kat msia mmg digunakan dan import beras Jepun 100%. tp yg membezakan dia ikan yg digunakan samaada dapat fresh atau tak. ;)

Nieda said...

kuih wajib bulan posa mesti buat utk berbuka

Chekgu Azrine said...

kuih fav saya dan anak2 ni asmara..sedapnya!!

daddydee said...

memagn best...terbaik lah kak...

Unknown said...

wahh japan pon de..sedap ! esok masak ape pulak ..rasa lapar nak jepun je rasenye..hehe

lady lavender said...

kita suka pulut! Cantik jLo As :-)
p/s: dah masuk senarai utk iftar tapi tak terbuat lagi :-)

Unknown said...

wah.. sedapnya lopeh... bila tengok siang2 semuanya tingin nak makan.. bila dah berbuka, tak makan pulak, orang lain yang habiskan (^___^)

Umie said...

kak As, seriously saya ingat akak guna pulut malaysia...sebab saya penah mkn yg pulut jepun punya mcm tak best..hehe...wah, hebatnya sifu iwate kita tu... anyway kak As, terima kasih sgt2x tunaikan hasrat hati saya nak mkn kuih J-Lo nie...sedap sgt, asben saya pun ckp sedap..duk teringat2x lg..hehehe

Unknown said...

Pulut jepun bentuk dia macam nak bulat2 Dan bujur sikit..