Friday, July 13, 2012

Gulai Tempoyak Ikan Buri

Memandangkan stok tempoyak masih ada dan fresh lagi, saya buat gulai tempoyak ni. Banyak jugak bahan mentah fresh dapat dari Malaysia tempohari, termasuk lada cili, petai, daun pisang, daun pandan, serai, lengkuas, kunyit dan tempoyak ni. Biasanya gulai tempoyak orang guna ikan sungai, kalau di Pahang paling popular sudah tentu patin tempoyak. Tapi sayangnya saya tak boleh makan ikan patin, husband pulak tak makan tempoyak. Lauk ni saya makan sorang2 je. ;)

Resepi ni dari mak mertua. Saya call mak mertua nak dapatkan resepi gulai tempoyak ni sebab kalau balik kampung Temerloh boleh kata selang 2 hari rumah Tok Aki dan Wan masak gulai patin tempoyak. Tapi saya dapat tengok je. hikhik.. Teringin nak buat sendiri tu yang mintak resepi dari mak tapi ni saya guna ikan Buri/Hamachi. Ikan ni tak tau nama dia dalam bahasa melayu, tapi dalam english dipanggil Japanese Amberjack atauYellowtail, ikan ni banyak terdapat di Lautan Pasific. Rasa ikan laut dalam ni memang sedap, harga agak mahal juga. Kalau di sini dijual dah siap potong dan packing.  Selain tu saya makan bersama dengan sambal tempoyak dan ulam petai. Memang sedap sangat! :D

Gulai Tempoyak Ikan Buri
Bahan-bahan
  • Ikan Buri 2 slice
  • 7 biji lada cili
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tempoyak (kalau nak kuah pekat tambah lagi)
  • Sedikit gula dan garam
Cara-cara
  • Tumbuk cili api dan kunyit
  • Masukkan dalam periuk bersama air, tempoyak dan serai
  • Kacau hingga mendidih, masukkan ikan
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Tunggu hingga ikan masak dan sedia dihidang

24 comments:

Rai said...

buri ni diorang selalu masuk dalam nabe tu kan..tak ingat la penah rasa ke tidak..sbb masa kat sana balik2 makan saba dgn shake.. tak pun toro..hahaha..

mama sara nur said...

assalam salam kenal
singgah tgk masak tempoyak yg sedap ni..kalu makan nai mesti bertambah ada lauk ni he he
memang sedapp

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak As,

wah saya pon suka gulai tempoyak!!! makan ngn nasi panas2...fuh....

saya suka ikan patin!!!!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

belum pernah Yana try tempoyak ikan duri, tapi kalau tempoyak PATIN...huwaaaaa bertambah nasi ! Sedap sangat, lagi2 guna patin sungai

kasihredha said...

kenapa x boleh makan ikan patin? allergic atau x suka?
bestttttt sangat .....tengok gambar pun dah tau kelazatannya. Akak tak pernah mkn ikan buri.

mama aryan said...

sedap tu gulai tempoyak..kalu pahang gulai tempoyak patin..amboih makan licin pinggan..sedap3,tp tgk org makan je la,saya ni tak makan patin..hehe

Asmara said...

@Mrs. Yana, ini ikan Buri bukan duri. hehe..

@Kak Kasih, mak ckp tak boleh makan, keturunan katanya. hihi.. aii ikut je. ;D

nur easy said...

mujur baru makan gulai tempoyak semalam.. hehe ;)

zila norazila said...

sedapnyaa..jarang mkn gulai tempoyak..bbrapa kali jew pernah merasa..nampak sedapp jew kuah tue:)

SURIA AMANDA said...

knp x leh makan ikan patin?hehehe...suka sgt gulai tempoyak..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ngeh ngeh ngeh,, silap. . sebab tak pernah dengar ikan Buri. huhuu

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

vi pun tak boleh mkn ikan patin. pantang sebelah famili mak. Kak as, ur mother rupanya org Sebuyau, Sarawak :). maksudnya, vi boleh communicate lancar with emak kak as sb our language n slanga sama. Vi dari Debak,Sarawak. hubby Vi from Kuching, Sarawak. Tapi kami menetap di KL sb rezeki di bumi semenanjung :).

Asmara said...

@ViviLim, eh sama la kita ye pantang x mkn. keturunan yg sama kot, mesti keturunan Pengiran dan Dayang kan? hehe.. arwah Yan(datuk) belah mak dulu Temenggung Pengiran kat situ, asal dari Brunei berniaga kt swak. Nasib baik tak teringin sgt patin, hehe.. saya ikut je. act. ok je kot. tp tak pernah nak mencuba. hihi..

daddydee jedi said...

dapat menikmati masakan kampung halaman di tempat orang pasti suatu yg sungguh nikmatkan...

Hanis MY said...

dah lama tak makan tempoyak, ikan buri ni yg mana eh? mcm tak pernah mkn je huhu...

Chekgu Azrine said...

Fuyooo...terangkat!!

Asmara said...

@Hanis, yg tulis ぶり kat paket ikan tu. mesti ada kan. ;)

Kamalia said...

tempoyak,sodap tu!antara barang yg saya kirim dr kamil nextweek..hehe
p/s:dah edit..entah knp time type entri tu smlm saya teringta ank akk 4 org,mana dtg lagi sorang xtaula.;p
gomen..

FnF Simple Life said...

sedapnye gulai tempoyak As... teringat ikan patin temerloh... sedapnye... gulai tempoyak temerloh tak guna bawang kan...best3

ummiarissa said...

menjadi je awak masak..sedap nampak dalam gambar tu...sedaplah tu kan...he he he

Nuwairani Ismail said...

pelik ni! cemane boleh lepas bawak tempoyak naik flight...huhuh...hebat betol diorg..

Norzie hany said...

As org Temeloh ke,kg sis kat jengka mmg Temeloh tu kira bandar terdekatlah.

eliy said...

assalamualaikum,
first time jmpa malaysian masak tempoyak kt jepun.bestnyer sbb saya ni peminat tmpoyak.
leh tak tt bagitau cemana nk bawak tempoyak naik flight?
totemo arigatou gozaimasu..

Asmara said...

@Eliy, W'salam. masa bawak durian tu letak dalam bekas plastik. lepas tu salotep kan bekas plastik tu byk kali, lepas tu bungkus dengan plastik pulak, salotep lagi lagi dan masuk plastik dan ikat dengan elok. hehe.. buat banyak lapis supaya bau durian tu tak keluar. masa haritu makanan semua letak dalam satu kotak, so tak campur dengan baju dan berbau. ikat kotak elok2 utk lugage bawah kan. ;D