Thursday, July 12, 2012

Lepat Pisang

Antara kuih kegemaran. Natsukashii! lama betul tak makan. Memang sedap makan panas2, lagi2 masa hari hujan macam hari ni. Pisang dah nak expired, plan nak goreng tapi macam boring je asyik dibuat cekodok. Teringat daun pisang yang mak mertua kirim tempohari. Terus plan buat lepat pisang. Sangat berjimat guna daun pisang ni. TQ mak resepi lepat pisang dan daun pisang. :D

Lepat Pisang
Bahan-bahan,
  • 1 cawan pisang yang dah dilecek
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa
  • sedikit garam
Cara-cara, 
  • Campur semua bahan hingga sebati tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, seperti bancuhan cucur
  • Panaskan pengukus. Layurkan daun pisang, potong segiempat
  • Letak 2-3 sudu, lipat dan kukus selama 15 minit. 
  • Sedia dimakan panas2. 

23 comments:

Nazayiena said...

Sedapkan makan panas2 dan buat minum ptg.

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya....!

Unaizah said...

Thanks As sebab selalu share resepi. Ada a few yg akak dah try. Senang & sedap :-)

sitiezahim said...

nyesal smalam pegi asia markt tak beli daun pisang...huhu

Ijah EmoTemo said...

SEDAPNYA!!! muehehehe

Acik Erna said...

salam as..kalau rwah mak acik dulu.lepat pisang kosong ni dia kata namanya 'timpan pokak' he he..sedap as..lembut je kan

mama maman aka yana said...

dapnyer.. fav nih... hehe

mama maman aka yana said...

fav ni... :-)

Chekgu Azrine said...

Senang je ek nk bt dia..klu dok mesia..semua bli je kan?haha..maunya dok oversea..ttba saya jd rajin jgk nk bt..klu dh tingin tu kan?

rosmina samin said...

Terbaekkkk ^_____^

kasihredha said...

daun pisang dr malaysia ye..

zila norazila said...

lama x makan lepat pisang..mkn panas2 sedapnya..nampak sedappp:)

daddydee said...

kuih kegemaran saya...

Nuwairani Ismail said...

wah! semangat betul kak as buat ni. siap import daun pisang dari kg lagi. nani pulak banyak je daun pisang belakang rumah. tapi pokok pisang org. tak berani nak petik.

Mamasya said...

Salam As. lepat pisang...favorit ni.baru nak ckp bagus ada daun pisang kat sana...rupanya Msia mari....jauh terbang.sukanya tengok bunga2 rose kat bawah tu...cantik!

ummiarissa said...

lepat pisang memang mudah je buatnya...daun pisang lak susah nak cari kat tempat saya ni,padahal kawasan kampung dah..

Amie said...

As...
daun pisang mak mentua kirim? Jauhnya dik... tapi betullah as, kalau duduk jauh dari tanahair, nak makan sesuatu yang kita suka memang kena usaha lebih...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Yana lebih buat lepat labu, urm, wangi je.. sebab pisang dah selalu orang jualkan. Ingredient sama, cuma tukarkan pisang = labu.

FnF Simple Life said...

best nye As... lagi pulak daun pisang Msia punye...daun pisang Baticrom punya la mahal kan pastu pecah2 pulak tuuu...tension betul

Cik TeN10 said...

Fav sy jugak nihhh..kl balik kg tak penah miss la nk mkn lepat pisang,pulut udang dan yg seangkatan dgnnya :)

Rai said...

orang kat malaysia ni pun tak rajin nak buat lepat pisang as.. hahaha..

nur easy said...

menu fav. masa kat sana pun rajin buat.. tp letak dlm foil je

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

sedap nya! tetiba teringin pulak nak makan lepat lepas ni :)