Monday, April 23, 2012

Nasi Limau Purut

Percubaan buat nasi limau purut. Memang sedap nasi ni, bau wangi daun limau purut tu yang paling best masa masak. Nasi tu bewarna hijau, tapi guna pewarna di Jepun ni memang tak menyerlah, bila ambil gambar macam kusam pulak, tapi yang penting rasanya yang sedap! boleh buat lain kali. ;) Resepi tengok dari blog kak Nieza, Finland. Terima kasih kak Nieza dan tuan punya resepi asal. *Nasi ni saya makan dengan ayam sambal siam dan acar mentah. ;D


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

Bahan-bahan,
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia  ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris

4 ulas bawang merah ~ dihiris

1 batang serai ~ dititik

3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
Cara-cara:

1. Panaskan margerin di dalam periuk

2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.





29 comments:

Ninaaa said...

Mesti cuba ni mesti cuba!

suriani azwan said...

kena tunggu betoi2 free n nak cuba lah resipi ni...thanks na sbb share...

http://azwansprincess.blogspot.com/2012/04/sapa-nak-link-blog-hangpa-ada-kat-sini.html

kasihredha said...

aroma limau tu semerbak dari finland ke jepun pulak.

makan dengan ayam masak merah ke As?

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah... pos kat is satu ( bukan nak try buat ikut resepi tu... keh3 )
(^______^)v

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg sedap nasik ni
dah buat dulu
harum 1 umah gituew...

Acik Erna said...

salam As..acik memang suka mencuba resepi2 nasi..nak cuba jugak nanti..terima kasih as.

FnF Simple Life said...

wah3x...sy nk cuba masak nasi ni nanti... ;)

sabar dubai said...

kak as...mmg harum baunyee...bau smpi kt parking kete......satu umah bauu hehhee..sedap kann

Kamalia said...

kak as..saya penah gak nampak org len buat nasik ni,tapi nak cuba agak malas..hehe
psstt..batriysa dah sihat ke?
sabtu ni ye parents akk sampai?syoknyeeeeeeeeee..
pssttt..nnt nak jalan ke sendai bilo?next weekend ok dak?

Nazayiena said...

Sedapnya nasi nie,mkn dgn lauk apa yg sesuai As?

KakAsma said...

nasib baik daun limau purut akak ada lagi..boleh gak cuba resipi nih kan..selalu jamu dengan nasi minyak sesekali layan nasi gini..tambah2 kena dgn gu nyer..makan dengan lauk aper yang sesuai yea..

Mamasya said...

Salam As.satu kelainan nasi lemak masak dg daun limau purut...
nengok gambar kat bawah...cuaca dah terang kat sana.... bestnya dah boleh berbasikal.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wahhhh...terbaik lah gambo tu...

boleh tergoda ahkak ni tau...

ieda said...

hummmm sedap nie ..
ada juga baca resepi pada kawan .. nampak menarik .. leh lah akk cube ;)

ijayuji said...

Salam kak! kat kepala kita dah terbyg2 dgn set2nyer sekali :D kalau ada acar nenas jer pun dah cukup kalau kita yg nk makan lah hihihi... daun limau purut mmg lah tersgt sedap baunyer, kat sini byk daun limau purut :D

LydSunshine said...

As ni macam nasik dia masak. Nasi carrot pun tak try lagi ni. Hehehe. Pastu makan dgn lauk apa ngam nasik limau purut ni?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya As... boleh lah akak cuba cuti nanti.. ehe he.. apa-apa pun nak masak kena tunggu waktu cutilah.. mana ada masa nak buat yang banyak renyah ni... :)

anna said...

hi dear,

i baru terbaca ur blog..nasik ni nmpak sedap n definitely will try oneday... if u don't mind, bleh i tau mcm mana nak buat ayam sambal siam tu.. hehe.. mcm teringin nak makan the whole set mcm dlm gmb..hehe

Nieda said...

Ni yg buat meleleh ni...

Nieda said...

Ni yg buat meleleh ni...

nur easy said...

asal datang sini je terus lapa.. hehe..

Nieza said...

nasi limau purut dah terbang ke Jepun pula...sedap kan As.akak pun suka bau harum jer aroma daun tu.mkn dgn ayam sambal siam lak tu sedapnya..lapar lak rasa..hehe

eruniahasano87 said...

WAH akk nmpak sedap je..resepi dia pun cm senangg je huhuuh kena try nie...

Amie said...

Mmmmm...yummy! Aroma limau purutnya melintas tujuh benua dan tujuh lautan! he he hhhe...nampak sungguh menyelerakan dengan lauk dan acarnya tu...

Papa Mifz said...

mesti wangi jer time mkn kan...:)

Nuwairani Ismail said...

suke! suke! mesti wangi je nasik ni..

lavenderlover said...

1 day nadia mesti cuba.. nmpk sdap..hehe..

Chik Att said...

boleh buka kedai ni ...

i'mNOTmasterchef said...

kene cuba ni kak as. :)