Tuesday, April 24, 2012

Ayam Sambal Siam


Inilah lauk yang dimakan bersama nasi limau purut semalam. Percubaan membuat ayam sambal siam. Memang kene sangat dan sedap! Dan rasanya pertama kali masak ayam letak belacan. hehe.. Tapi memang rasanya lain dari masakan lain. Saya guna cili serbuk dalam 1 sudu kecil je, sebab orang dalam rumah tak makan pedas. Masakan ayam yang harus dicuba kalau dah takde idea nak masak apa. Saya ikut kak Nieza yang makan nasi limau purut dengan ayam ni. Terima kasih kak Nieza, kak Amie dan tuan punya resepi asal. ;)

Resepi: Ayam Sambal Siam
Sumber Resepi: Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

Bahan-bahan:
500 gram ayam
150ml santan
2 sudu besar kerisik
6 helai daun limau purut
minyak
garam 
gula

Bahan kisar:
2cm kunyit hidup
2cm halia
6 ulas bawang merah
20 biji cili kering
3 batang serai
4cm lengkuas
3cm belacan

Bahan hias:
2 helai daun limau purut dihiris- hiris
sedikit bawang putih goreng

Cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan bersama hiasan hirisan daun limau purut dan bawang putih goreng.

Baru ada nampak warna hijau sikit. Gambar dari angel berlainan. ;)

21 comments:

Mas said...

hmmmm...colek ngan roti pun sedapp ayam nie...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x pernah try pun ayam ni
lepaih ni boley buat
oishii sou....
nasi daun limau perut tue mcm dok pangey ai suruh buat jer ngeeee

ogyep yummy mellow said...

Salam kenal... lebih kurang mcm rendang ya... sedap dengan apa jua...

LydSunshine said...

Ha ah, nampak cam rendang. Mesti sedap ni.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah..ni nampak ijau yang menggoda... bila leh terai ni.. hohohohoh

Nuwairani Ismail said...

tak pernah lagi masak ayam macam ni. nampak gaya hujung minggu ni kene beli ayam lagi la.

FnF Simple Life said...

siap kerisik...complete bahan2 dia... syedapnye

TopsyTurvyMum said...

Akak belum try ayam siam ni. Nanti mesti nak cuba jugaklah! ngan nasi purut tu.
AKak ada pokok limau purut<--stetmen eksyen! Hahaha

Amie said...

Memang sedaplah resepi kegemaran mantan Perdana Menteri kita yang pertama tu As, Kak Amie suka makan dengan nasi lemak!

anna said...

yay!!!! thank u!!!sedapnya..can't wait to try!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nampak macam rendang ye As, rupanya ayam sambal jer.. tengok menarik tu.. boleh cuba ... tapi ada belacan tu yang payah sebab en suami tak makan belacan huhuhu

suriani azwan said...

alamak orang di sana buat orang di sini terliur pulak...dah dapat ke mangga dgn kuah rojak????

Nieda said...

Memang senang nak dapat bahan. Ada idea juga utk masak ayam lain kali.

Ijah EmoTemo said...

wah mesti sedap ni mkn dgn nasi limau purut. nk cuba lar nnt :)

Qasey Honey said...

slm kenal...tpanggil bile tgk menu yg sedap tu...ala2 rendang yer ayam tu...mesti sedap ni...

Hanis MY said...

yummynyaaa... kak as kat sana sakura dh berbunga ke belum?

ijayuji said...

Salam kak as! akak mcm tau tau kita tgh online :D siang2 bz sikit :D malam2 ni pulak dah free tp mata mengantuk jgn citer huhu... nmpk sedap kak ayam ni, nanti leh cuba gantikan daging sedap nii ehehe...

sabar dubai said...

kak as..nmpk mcm ala2 rendang ayam kan....bolehh cube nihhhh...nmpk sedappp

kasihredha said...

ohhh silap ingatkan nasi limau purut tu makan dgn ayam merah...rupa2nya makan dgn ayam sambal siam

Nieza said...

memang gandingan yang mantop ni As..sedap sgt.akak pun suka betul kata kak Amie tu lauk kegemaran Tuanku tu.

Marya Yusof said...

As salam dear asmara,

Tgk nasi tu klau masak gerenti wangi mcm limau purut! Malangnye di sini tiada limau purut apatah lg daunnye...huhuu...

Smp sy pun dah agak2 lupa bagaimana wanginya limau purut tu... Dulu suka buat mandi buahnyeeee... Menyesal tak keringkan daunnya bawak ke sini...

Japan skrg Spring kan... Mesti makin berkembang mekar bunga2! Seronoknyeeee :)