Tuesday, April 10, 2012

Apam Mentega perasa Pisang

Apam ni sangat lembut dan sedap! Saya guna butter ganti mentega dan letak air pisang pengganti susu cair serta kurangkan kuantiti gula sebab air pisang dah manis. Resepi dari blog kak Amie lepas tengok kak Amie buat terus nak mencuba. Adunan ni dapat kuantiti yang banyak, kebetulan ada majlis makan2 saya bawak untuk majlis. Oh ye saya ada letak kelapa jugak, tapi malas nak amik gambar lagi. :D Terima kasih kak Amie dan tuan punya asal resepi.

Resepi : Apam Mentega
Sumber : Amie's Little Kitchen
Resepi Asal : Apam Mentega Gula Hangus versi Kak Siti

Bahan A: Gula Hangus

1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega*saya guna butter 

Bahan B:

1 cawan gula pasir *saya letak 1/2 cawan 
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair *saya ganti dengan 1 cawan air pisang
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air. 
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.

Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.*saya kukus 10 minit api sederhana kuat

Air pisang yang saya guna, air pisang ni sedap! Anak2 lebih suka air strawberry, harga pun 98yen sekotak. Apam yang saya bawa untuk majlis, act. banyak lagi tapi masih dalam kukusan waktu ni. :D

23 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pernah buat sekali last year
memang sedap!

LydSunshine said...

Mentega tu bukan butter ke as? Atau marjerin yg as ganti dgn butter? Cantik je rupa apam tu. Saya bayangkan air pisang tu ialah air rebus pisak ke apa, rupa2nya mmg ada air pisang dlm kotak.

Cho Zila said...

rajinnyer dia.... sayani kalau nak belijer...

Unknown said...

saya follow sini ye...

Asmara said...

Lyd, butter, mentega dan marjerin lain Lyd. Apa yg saya baca butter berasal dari cream(susu) sahaja, manakala mentega dari lemak haiwan dan margerin dari lemak/minyak tumbuh2an. Ada kata margerin tak elok. harga butter lebih mahal dari produk margerin dan mentega. Wallahualam kene rajin buat kajian gak ni. hikhik..

Sue @ Nenie said...

Salam kak..wahhh bagus gak idea buh air pisang tu..tapi kat mesia mana ada air pisang kecuali pes perasa pisang jeeee....boleh gak wat eksperimen ni

FnF Simple Life said...

Best nye...tengok gambar terus teringin. btw...betul laaa As...kita sebaya... sy muda 3 tahun je dari kakak hubby...bkn 4 tahun spt yg didakwa sebelum ni...hehehe...

Unknown said...

cantik rupa kejadiannya.. alahai orang jepun..pisang mahal..air pisang pun jadi yek..

dulu ada susu dutch lady perisa pisang rasanya..skang da tak nampak..

kurus said...

waa sedap nie ... x pandai buat apam nie dari dulu lagi .. ;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya tengok apam pisang petang-petang ni .. lapar perut akak As... bagi akak dua ketul.. ehe

nur easy said...

nampak gebu je outputnya.. kemas dan cantik. mesti rasa sedap ni

Nieda said...

Tengok pun dah tau gebu As.
Tapi kat sini...mana nak cari air pisang?

Amie said...

Assalamualaikum As,
terima kasih kerana sudi cuba resepi tu... memang sedapkan As, lembut gebu aje cuma kalau tak kena gayanya terlebih manis pula (tu yang ganggu keenakan apam ni kan), memang boleh dapat banyak Ads, Kak Amie pun sempat lagi bagi jiran kiri kanan, anak-anak makan berkali-kali, nak juga cuba bubuh air pisang, tapi tak silap kakak di tempat kami ada air perisa pisang, boleh guna kot, mesti wangi ye As.

Liza said...

mst sedapkan sbb ada rasa pisang...gud idea ni...

rosmina samin said...

Gebunya....:)

Acik Erna said...

salam as..menggoda ni as..naampak sedp..acik kalau kuih yang ada pisang ke..keledek ke kentang ke labu ke..memang suka ..

Unknown said...

ado resepi...nak suh wife cubo buat la...:)

ADEEYA said...

Sedapnyaaa :,D

Nuwairani said...

kalo 98 yen tu kire murah sangat2 la tu...tak penah pulak minum masa kat sana...

konfius jap...bukan mentega dengan butter tu benda yang sama ke?? ke saya yg tak tahu ek? hihih

Ijah EmoTemo said...

sedapnya!! tgk pun dah terliur ni hehehe

ijayuji said...

Salam kak as!! bila nak buat apam ya? kita teringin sgt nak buat apam nii tp mcm malas jerr nk main kukus2 ehehe... masuk list dulu, suke tgk kalernyer cantek!

Teratak Hami said...

Alahai, terliur tengok Banana Ore tu.

Juliet_iRa~" said...

oohh akk beli je air pisang tu ea..

igtkan akk perah br nak tnye camne..ahha ;p

nmpk sedapppppp!